Pages

Friday, September 23, 2011

Mari belajar fakta dan sejarah - Jepun dan Malaysia

Tahukah anda Japan Soccer League bermula pada tahun 1965.Ketika itu,setiap pasukan yang bertanding hanyalah pasukan-pasukan yang mewakili syarikat-syarikat Toyota,Nissan,Honda dan banyak lagi.Pemain terdiri daripada pekerja-pekerja kilang syarikat-syarikat tersebut.Sehinggalah minat rakyat Jepun terhadap bola sepak meningkat,Persatuan bolasepak Jepun mula didesak untuk menubuhkan satu liga profesional.Pada tahun 1993,liga professional Jepun diperkenalkan.Lebih menarik,pemain-pemain import terkenal seperti Zico dan Gary Lineker dan menyertai liga profesional Jepun.Selepas itu,liga mereka semakin berkembang dan the rest was history anda boleh check kat wikipedia.

Fakta menarik,selepas berkembangnya sukan bola sepak di negara Jepun yang dulunya tidak sefamous sukan baseball,rakyat mula ghairah untuk menyaksikan pasukan mereka layak ke Piala Dunia.Dan akhirnya,Jepun layak ke Piala Dunia 1998 untuk pertama kali selepas mengalahkan Iran di Johor Bahru 3-2 yang masih diingati kebanyakan rakyat Jepun sebagai "joy of Johor Bahru".



Liga di Jepun bukan sekadar liga tetapi dilihat sebagai salah satu sektor yang mampu menyumbang kepada ekonomi negara.Kajian-kajian universiti banyak dibuat di universiti-universiti terkemuka di Jepun dalam mengkaji sejauh mana liga profesional Jepun dapat memberi impak dan sumbangan kepada ekonomi negara Jepun itu sendiri.

Selain itu,JFA sangat menitik beratkan pembangunan masa depan bola sepak Jepun.Oleh sebab itu,setiap pasukan yang mahu beraksi di J Laague diwajibkan mempunyai skuad u18,u15,skuad junior dan klinik bola sepak mereka sendiri. "One hundred year vision" (tag line: "A Future Worth Building, Though It Takes 100 Years") diguna pakai sebagai misi bagi negara Jepun untuk sukan bola sepak.

Keisuke Honda,pemain yang dilabelkan antara pemain projek masa depan Jepun yang telah matang



Well said,berbeza dengan Liga di Malaysia yang bangang.Walaupun liga di Malaysia baru diperkenalkan pada tahun 1979,pada ketika itu sebagai liga untuk memilih pasukan yang layak ke Piala Malaysia,tetapi sukan bola sepak telah lama bertapak di Malaysia buktinya,Piala Malaysia(satu ketika dahulu dikenali sebagai Malaya Cup),piala tertua dia asia yang mula dipertandingkan sejak tahun 1921.Nampak fakta tersebut?orang Malaya telah bermain bola jauh lebih lama sebelum mat kilang nippon bermain bola sepak.Tetapi perkembangan bola sepak?itu anda boleh tanya Sultan Bola yang masih leka di kerusi empuknya.

FAM persatuan yang tak boleh pakai langsung - Pak Mat Derih



Seperti Jepun,rakyat Malaysia juga ghairah untuk layak ke Piala Dunia tetapi sekadar ghairah tidak mencukupi.Malaysia ingin layak ke piala dunia boleh diibaratkan umpama "lelaki kurang hensem ingin memikat lisa surihani".Bukanlah tidak boleh tetapi amat sukar ditambah dengan betapa bangangnya padang di Bukit Jalil.Bila Malaysia akan layak ke Piala Dunia?itu yang kita tidak akan pernah tahu.

Oh ya,isu pemain import juga bangang di Malaysia.nampak tak macam mana minat rakyat Jepun meningkat bila ramai pemain import masuk kenegara mereka?namapak?adakah kualiti pemain tempatan Jepun menurun lepas pemain import masuk?tidak sama sekali,lagi meningkat adalah(ini juga atas faktor kualiti pemain import yang dibawa masuk).Ada segelintir rakyat Malaysia yang mengeluh tentang FAM yang membenarkan pemain import masuk kembali tetapi mereka lupa,zaman Arestaguei,Bambang Pamungkas,Marlon ALex James dulu nampak la jugak penyokong datang ke stadium tapi lepas sekatan pemain import,jumlah penonton di stadium di tahap memalukan.Bayangkan stadium Shah Alam yang boleh muat 70 ribu tu hanya dihadiri 900 orang?

Dalam banyak-banyak perkara bangang dalam bola sepak Malaysia,tiada satu pun yang lebih bangang daripada format liga di Malaysia yang mana pasukan negeri menyertai liga.Ini juga antara faktor utama kenapa bola sepak di Malaysia tidak berkembang.Kenapa ianya bangang?sebab fungsi utama persatuan bola sepak negeri lebih luas daripada sekadar untuk menguruskan sebuah pasukan negeri.. FA negeri sepatutnya berperanan untuk mengurus tadbir sukan bolasepak negeri masing-masing.Ini sebab kenapa pembangunan dari akar umbi kat Malaysia ni tidak efektif kerana persatuan bola sepak negeri lebih menumpukan kepada pengurusan pasukan negeri berbanding fungsi utama mereka,membangunkan bolasepak peringkat negeri dan menjadi badan bertanggungjawab dalam menganjurkan liga atau kejohanan bolasepak peringkat negeri bagi mencungkil bakat-bakat baru.Lagi teruk,Presiden persatuan bola sepak negeri kebiasaannya Menteri Besar negeri tersebut sekaligus ia melibatkan politik apabila pucuk pimpinan bertukar tangan dalam pilihan raya.Takke celaru jadi macam tu?

bila Ramli nak jadi realiti,bukan sekadar iklan?



Jika proses penukaran dari pasukan negeri ke kelab,Selangor boleh ditukar ke Shah Alam United misalnya,Kelantan ke Kota Bharu FC,Kedah ke ALor Star FC dan lain-lain negeri semua pengurusan ditukar kepada kelab dan dengan kerjasama syarikat-syarikat besar atau taikun-taikun yang sudi membeli dan membiayai pasukan-pasukan ini.Dengan ini persatuan bola sepak negeri dapat menumpukan kepada aspek pembangunan dan insfrastruktur bola sepak di negeri-negerti tersebut.Bukan mustahil kerana liga di Indonesia,Singapura dan Thailand pun disertai pasukan kelab,bukan negeri.Jika diurus dengan tersusun,percayalah,pemilik akan dapat pulangan dan keuntungan semula.Penaja-penaja juga boleh memberi tajaan dan nama mereka akan terpapar di jersi pemain.

Sayangnya,bola sepak sebagai satu cabang perniagaan seperti diamalkan di Jepun tidak diaplikasikan dalam arena bola sepak di negara kita.Tetapi pujian harus diberikan kepada Tan Sri Annuar Musa melihat cara dia mentadbir bola sepak Kelantan.Bermula dari diberi tugas sebagai presiden KAFA,Kelantan dengan jenama The Red Warriors(dahulu dikenali kijang emas) berjaya menjadi satu brand yang boleh terjual di pasaran.Beg,Topi,Baju,Mafla,Stiker dan banyak lagi hasil produk Red Warriors yang terjual.Bagaimana ini boleh terjadi?jawapannya ialah Annuar Musa sendiri telah banyak pergi melawat kelab-kelab di eropah untuk belajar selok-belok pentadbiran dan pembangunan mereka.Hasilnya,Kelantan di bawah Anuar Musa menubuhkan ARMY,akademi bola sepak KAFA untuk mencungkil bakat sejak dari akar umbi.Tapi,tetap ada konflik politik dalam masa pengurusannya contohnya seperti penganugerahan 'penyokong nombor satu Kelantan' kepada seorang anak kelahiran negeri Pahang yang langsung tidak pernah ke stadium Kota Bharu atas dasar politik yang menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan.Nampak?last-last tetap ada unsur politik.Kalau pasukan itu adalah Machang FC dan hak milik Anuar Musa,tentu tidak ada siapa nak marah jika sekalipun Annuar Musa menganugerahkan gelaran penyokong nombor satu Machang FC itu kepada Ahkak Pinky,isteri anak kelahiran Pahang tadi.

Sebab tu boleh dikatakan taraf bola sepak Malaysia ni bangang dan jangan terkejut jika pasukan kita kena ayam macam pasukan sekolah bila lawan dengan Jepun tempoh hari.Nampak lagi bangang bila ada rakyat Malaysia yang bangga dengan kekalahan tipis kerana jika tidak kerana Apek,Malaysia memang akan kalah lagi besar,ni commentator Dez Corhill(Star Sport)yang cakap,bukan saya.Percayalah,selagi sultan bola menerajui FAM,berbanggalah kita dengan AFF Suzuki CUP 2010 dan sukan sea 2009.

you demand aaa..cukuplah tu..ok ape Suzuki Cup dengan Sukan Sea,yu ni tamak la.haisshh

7 comments:

  1. selain jepun..pembangunan bolasepak korea selatan trlebih baik dipelajari..

    ReplyDelete
  2. key word "belajar"...

    bullshit....

    keywords should be,
    "total revamp~!"

    dis-band, haramkan terus FA negeri negeri kat malaysia ni buat pasukan bola sepak,
    formula yang dah lama terbukti langsung tak contribute towards football development in our country.

    tutup pintu utk muka muka taik politikus dlm sukan bola or what ever sports.
    (sultan sultan bola included!)

    ReplyDelete
  3. bola & politik= malaysia

    ReplyDelete
  4. Main sendiri la kalu raso panda sangat gak

    ReplyDelete
  5. setuju...semua pasukan negeri harus dijadikan kelab..tp dgn syarat ada taikun amik alih...

    ReplyDelete