Pages

Friday, October 21, 2011

Mengenang Lejen : Hashim Mustapha

Ok,disebabkan da tade banyak cerita aku nak tulis,nak layan cerita epl pun korang boleh layan kat Sokernet.blogspot,lagi stim,aku nak buat korum 'Mengenang Lejen'.

.....................................................................................



Kalau tanya budak-budak baru lepas akil baligh yang mengaku true warriors,memang diorang tak kenal sapa Hashim Mustapha ni.Tapi kalau tanya generasi 90an,nama Hashim Mustapha kalau tak kenal jangan cakap minat bola la.

Hashim Mustapha ni memang lejen kesayangan dan kebanggaan rakyat Kelantan.Abe Hashim ni mula menyarungkan jersi Kelantan dalam tahun 1982 masa tu umur dia 16 tahun,main untuk Piala Emas Raja-Raja.Kelantan dalam Piala Emas Raja-Raja ni memang pawer sikit.Piala Malaysia?baru sekali.Setahun lepas tu,Hashim Mustapha main untuk Kelantan senior lepas habis SPM.

Penyerang yang bertubuh kecil ini dikatakan memakai kasut bola saiz 5 sahaja tetapi tendangannya mampu menensenkan mana-mana keeper yang menjadi lawannya ketika itu.Buktinya,sepanjang kariernya,Hashim meraih kasut emas sebanyak tiga kali iaitu pada 1990(Second division),1993 dan 1994.Lebih manis,dia menewaskan pemain import yang terkenal dan berbakat seperti Fandi Ahmad,Jose Iriarte,Alistair Edward,Abbas Saad botak dan ramai lagi.Pada musim 1994,dia menjaringkan 30 gol dari 30 perlawanan sehingga digelar golden boy,musim itu juga dia beraksi sepenuh masa untuk 39 perlawanan Kelantan termasuk Piala Fa dan Piala Malaysia tanpa digantikan.Apa makan abang Hashum ni?.Gandingannya bersama awang import Kelantan ketika itu,Marco Krajevic memang digeruni defend lawan.

Zaman-zaman Hashim ni,kalau tak Cantona,Hashim Mustapha la menjadi pilihan untuk dicop masa main petang-petang.Semua nak jadi Hashim Mustapha.Satu kelebihan dia ni yang membuatkan dia disayangi ramai rakyat Kelantan ialah sifatnya yang merendah diri,mesra peminat dan tiada masalah disiplin.Hashim dikatakan cukup ramah dengan peminat,tidak seperti sesetengah pemain bola yang sombong dan tidak mesra peminat walaupun tak pawer mana.

Disiplin yang ada dalam diri Hashim Mustapha memang tinggi.Dalam satu insiden,dia pernah diludah oleh bekas pemain import selangor pada waktu itu,Zsolst Bucs tetapi dia tetap bersabar(ok,ni aku dengar citer otai2 bola.hahaa).Kalau Halim Nafi kena dah mampus awang import tersebut kene kahak balik.Hashim juga bebas dari terlibat dengan rasuah walaupun beberapa pemain ternama di zamannya terlibat dengan rasuah yang menjahanamkan bola sepak Malaysia ketika itu.
Malah,Hashim sendiri berkata dia pernah ditawarkan rasuah sebanyak RM 40 ribu oleh bookie tetapi menolak atas alasan tidak mahu makan dan menyara keluarganya dengan duit haram.Banyak kan RM 40 ribu satu match pada waktu itu?

Disebalik kerjaya gemilang bersama Kelantan dan Malaysia,pa yang dikesalkan oleh Hashim sehingga hari ini ialah gagal memenangi Piala Malaysia bersama Kelantan.Impiannya kini ialah untuk memenangi Piala Malaysia sebagai jurulatih bersama Kelantan kerana tidak dapat berbuat demikian sebagai pemain.Hashim kini bertugas sebagai pembantu jurulatih Kelantan,memiliki lesen jurulatih kelas B.



Apapun,dalam senarai lejen Kelantan dan Malaysia,nama Hashim Mustapha pasti tidak akan luput dari ingatan setiap pencinta bola sepak khususnya rakyat Kelantan.Sehingga hari ini,belum ada penyerang profilik dengan sikap merendah diri,berdisiplin tinggi,disayangi peminat seperti Hashim Mustapha.

“striker sekarang ni MALAS, keje dia tunggu bola cantik, tak cantik dia biar jer..saya dulu, macam saya kata nak gelecek memang terer matyo lagi, tapi saya bergantung pada kepantasan, positioning saya betul, rakan hantar bola saya hanya sedia menanti di posisi betul, bila sepak biar on target, masuk tak masuk belakang kira, janji on target, ni sepak pun ke langit macam mana nak jadi penyerang terbilang, belajar dari situ..”-Hashim Mustapha .

sumber dan gambar : Kelate.net,suarasukan1mas.blogspot,otai2 bola kelantan,internet.

No comments:

Post a Comment