Pages

Wednesday, January 5, 2011

Sejauh mana Piala Dunia untuk Malaysia?



Sejak skuad Harimau Malaya memenangi Piala Suzuki Kapcai,minat rakyat-rakyat marhaen kembali terbentuk jati kepada pasukan negara.Bahkan Penghisap darah rakyat,Astro juga sudi menaja Liga M dan sejumlah RM 220 juta atau lebih akan dihulurkan ke akaun FAM.

Dan,rakyat,juga seluruh warganegara Malaysia mula mengimpikan sesuatu yang lebih tinggi.Impian untuk layak ke Piala Dunia mula diperkatakan dan dibahaskan oleh Pak Mail,Ah Chong dan Siva di restoran Mamak Pelita Maju.Kata mereka,ini skuad terhebat yang kita miliki.Dan perkara tersebut bukanlah satu kesalahan.Tak salah mengimpikan kejayaan bukan?

Tetapi,sedarkah kita bahawa perjalanan masih lagi jauh.hakikatnya,bila kali terakhir negara Asean layak ke Piala Dunia?Tidak pernah bukan?Ini membuktikan standard negara Asean,mahupun juaranya masih jauh berbanding kuasa-kuasa besar seperti Korea Selatan,Jepun dan Asia celup,Australia.

Rakyat sedang menyokong,dan meletakkan harapan.Andaikata,harapan ini tidak dapat direalisasikan,mereka akan kembali mencemuh.Berpijaklah di bumi yang nyata.Untuk sampai ke tahap seperti Jepun mahupun Korea Selatan,kita seharusnya dahulu mempunyai sistem pentadbiran yang mantap dari badan induk bola sepak negara mahupun FA negeri.Dan,untuk fakta,mungkin Malaysia satu-satunya negara yang mana liga profesionalnya terdiri daripada persatuan bola sepak negeri,bukannya kelab seperti di liga profesional yang lain.

Piala Asia 2015 merupakan sasaran yang wajar.tetapi untuk sampai ke Semi Final,mahupun final,setiap pihak harus berusaha keras.Hentikan Politik dalam bola sepak yang satu ketika pernah menghancurkan kegemilangan bola sepak negara.Para pemimpin yang diberi mandat seharusnya mereka yang benar-benar tahu tentang bola sepak bukan menjadikan gelanggang bola sepak sebagai gelanggang politik.Kejayaan di piala Suzuki tidak bermakna orang-orang di FAM adalh individu-individu yang tepat untuk mentadbir.Maaf kata,kejayaan ini hasil kesungguhan pemain dan jurulatih.Mereka tetap....

Dan,setelah menguasai Asia,barulah kita boleh mengimpikan Piala Dunia.Tetapi,kita haruslah bersabar.Manakan mungkin buah masak dalam sehari.Banyak lagi peringkat yang kita perlu tempuhi untuk kembali menjadi HARIMAU MALAYA,HARIMAU yang digeruni di peringkat Asia satu ketika dahulu.

1 comment:

  1. dah wey. aku dah komen da nih. hahah XP
    -from kawan sek. ren. yg sdg chat ngan kau

    ReplyDelete