Pages

Tuesday, February 22, 2011

Review eksklusif Bayern Munchen lawan Internazionale



Apasal game se'high'ni boleh ada kat round 16?game ini jauh lebih high dari game boboi senal lawan bajet bagus Barca.Ini semua boboi baru masuk UCL punya pasal,Tottenham.Tapi punca utama ni semua terjadi adalah Rafa Jendul.Ya,si jendul Loserpool rejected yang jadi pengurus Inter di peringkat kumpulan.

Inter Milan penyandang juara nih!
Penyandang juara nih memang patut digeruni sepatutnye tapi kini tak lebih dari sebuah kelab yang boleh di'adik-adikkan'oleh adik Gareth Bale.Musim 10/11 dimulakan dengan langkah segan silu apabila Inter hanya seri menentang FC Twente.Perlawanan tersebut adalah perlawanan ke-empat Inter musim ini dan tanda-tanda kecelakaan dan bencana taufan segala macam belum dapat dikesan oleh pakar auta cuaca.Perlawanan kedua,mereka kembali menemui rentak sang juara(macam sang kancil la sial)dengan kemenangan besar ke atas Werder Bremen,4-0.Masuk perlawanan ketiga,perlawanan paling famous dalam musim nih,yang melonjakkan nama Boboi baru bola sepak,Gareth Bale.Barisan defender Inter terutamanya Maicon yang sangat gah mengekang Barca dalam semifinal tahun lepas sampai digelar anti football dengan mudah dianjing-anjingkan oleh kepantasan dan kehyperan Bale.Mereka tetap menang 4-3.Pusingan kedua,Inter tidak mengambil iktibar atas pertemuan mereka dengan Tottenham,mereka kali ni tewas 3-1.Menang kemudiannya dengan Twente 1-0 dan kalah kepada Werder Bremen 3-0 tapi mereka tetap dapat masuk second round atas budi bicara Twente dan Werder bremen yang jauh lebih BANGANG dari Internazionale.

Bayern Munchen naib juara tahun lepas.
Kelab nih bangang gak.tapi dalam UCL dia tak bangang.Menang 5 kalah 1 jelas menandakan yang prestasi bebal diorang kat Bundesliga tak menjejaskan semangat Eropah.Keseluruhannya,prestasi di peringkat kumpulan di tahap baik dan sememangnya layak bergelar juara kumpulan.Tapi dalam kumpulan yang hanya As Roma menjadi pesaing terdekat,tiada cabaran yang besar untuk kelab nih.lagi dua kelab tu memang diberi masuk untuk kalah dan sebagai penyeri je,FC Basel dan Cfr-Cluj-Napoca.

Interlok
Samuel EtoĆ³ adalah penjaring terbanyak UCL buat masa nih dengan 7 gol tapi Mario Gomez hebat jugak dengan 7 gol.Weisley Sneijder sudah pulih dari kecederaan dan nate berok nih memang penting untuk Inter.Leonardo telah mengembalikan 'Spirit to Win' dalam kem Milan.Di bawah Leonardo,Inter kembali mencabar kejuaraan Serie A.Tetapi,Bayern yang memang harapan lah nak menang liga pasti memberi lebih tumpuan untuk menang UCL.Dari segi perancang,Samuel Etoo merupakan top asisster Inter dalam peringkat kumpulan(wei,mana pergi pakcik2 tua na mampos yang lain dalam Team nih?) manakala Bayern lebih seimbang melalui Thomas Mueller dan Shweistenger(betul ke aku eja?).Ini ulangan final dengan atmosfera berbeza.Inter akan cuba menang untuk meneruskan kebangkitan di bawah rejim Leonardo,Bayern pula akn cuba menang untuk memenangi trofi ini setelah hampir pasti kempunan untuk menjuarai Bundesliga.

notakaki.
Sila like dan follow belog ini lepas baca.Terima kasih.hahahahhahaa

No comments:

Post a Comment