Pages

Monday, February 7, 2011

Safee Sali,Pelita Jaya dan ...




Safee sali sah menjadi milik salah sebuah kelab Indonesia,Pelita Jaya.Ada macam-macam pendapat yang dikeluarkan oleh cerdik-pandai bola sepak(baca:sangat cerdik???) pasal perpindahan nih.Ni aku pun na KOYA cerdik.kat bawah adalh pro dan kontranya perpindahan nih.

PRO:

Ye.Ini merupakan tanda kebangkitan Bola Sepak Tanah Melayu.Pemain kita sudah boleh dieksport ke luar.Bila kali terakhir Malaysia maen kat liga luar?jawapannye adalah zaman kegemilangan Akmal Rizal dan dia maen untuk Racing Strasbourg dan FC Heguenau.Itu cerita lama.Akmal pun dah tua sekarang.Safee boleh dikatakan sebagai pembuka pintu.Hasilnya dalam masa 2-3 tahun lagi,lebih ramai pemain Malaysia yang akan berhijrah ke luar negara.Hijrah bukan satu perkara yang harus kita tentang.memanglah jika kesemua pemain berbakat berhijrah ke luar negara,liga kita akan kurang serinya.Tetapi,jangan lah disebabkan hal ini,mereka hanya bermain dalam liga Malaysia dan menjadi JAGUH KAMPUNG.Cukuplah Datuk Lee Chong Wei sorang jaguh di kampung bila maen Malaysian Open tapi gagap lawan Lin Dan kat luar Malaysia.Dan.memang setiap pemain profesianal kepingin bangat berhijrah ke luar negara.Tak caya tanya Torres nape dia join Liverpool DULU.Dan Liga Super Indonesia MUNGKIN lebih kompetetif kerana adanya AWANG IMPORT.

Kontra lah pulak:

Kontranya......Kenapa INDONESIA?Maaf.Ini tidak langsung melibatkan faktor politik atau apejadah lagi.Cuma,liga Indonesia tidaklah terlalu kehadapan berbanding Liga negara kita,hanya kehadiran awang import membezakan.Malaysia juga terbukti sebagai juara Asean.Dan,memburukkan lagi keadaan. kelab Pelita Jaya adalah...sebuah kelab bawahan di Liga Super Indonesia.Ini umpama perpindahan David Villa ke Birmigham hanya kerana ingin bermain di EPL?(baca:LA Liga dan EPL sama taraf dalam sistem FIFA.dua2 bole hantar 4 team champions league).Ini hanya langkah mengundur daripada bermain bersama enam pemain kebangsaan dalam skuad Selangor ke sebuah kelab kecil.Di Selangor,Safee boleh mengharapkan umpanan-umpanan lebih kemas dari Amri,Safiq,Amirulhadi dan Hardi.Maaf kata,Selangor lebih hebat tahap permainannya berbanding Pelita Jaya.Safee juga telah menidakkan prospek bermain di liga Jepun,berdasarkan apa yang dikhabarkan oleh FAM untuk menghantarnya bersama Apek dan Mat Yo(shahrul Idlan).

Conclusion:
Keputusan telah dibuat.Kita seharusnya tidak memberi tekanan kepada seorang pejuang negara.Tahniah diucapkan kepada Safee Sali.Semoga berjaya di Indonesia.Kasi semua Wak
Jorko ternganga dengan kehebatan anda.

5 comments:

  1. "According to the AFC Final Assessment Ranking for 2009–2010 seasons (in which professional football leagues in Asia were ranked with respect to competitiveness, professionalism, marketability, and financial status of the league and its clubs - to determine the number of spots in the AFC Champions League), the Indonesia Super League was ranked 8th, the best in Southeast Asia. [1]"

    safee pakai jersi no 10 dan menjadi striker utama..kelab ni jugak pernah import roger milla dgn mario kempes..seperti juventus yang pernah terhumban di liga kedua dan bangkit blk..pelita jaya pun boleh buat benda yg sama jugak..harap2nya :)

    ReplyDelete
  2. xsmstinyer kita baru jadi jaguh asean,liga kita automatik akan jadi bagus..byak benda yg mendorong kepada kualiti liga tersebut.sebab tu la afc memilih liga indonesia antara liga2 terbaik di asia..mana pergi liga super?

    so bagi aku,pelan2 kayuh dulu la..
    at least pelita jaya dah janji untuk memberi tempat kepada safee sali dalam kesebelasan utama dorg..ini adalah antara faktor kenapa FAS melepaskan memilih pelita jaya berbanding kelab2 besar lain di indonesia seperti persib bandung..

    xguna jugak main untuk kelab2 besar,tapi sekadar memanaskan bangku simpanan..end up skill sebagai striker berkarat cmtu jer..

    so cmni la..kita kena ukur baju di badan sendiri la..xsmstinyer kita dah juara aff,kita dah cukup bagus...ini adalah permulaan untuk bola sepak malaysia...


    from cari forum

    ReplyDelete
  3. Oh.Liga indonesia tu memang ok.Sebenarnya ni bukan Transfer.Its more to Loan.Sebab tempoh setahun jer dan Safee kena balik ke Selangor after kontrak setahun tu tamat.

    ReplyDelete
  4. dengan suasana dan keadaan semasa yang sedang melanda antara kita 2 negara....walaupun berjiran dan sama rumpun, telah banyak isu yg sengaja diungkit oleh saudara kita di sana yang meresahkan jiwa dan perasaan kita...jgn pulak nnti pemergian safee ke sana jadi bahan sendaan yg mengguris perasaan kita lagi...sbb dh terlanjur tu...harapnya safee dpt buktikan bahawa harga yg dibayar mereka terlalu murah untuk kerja yg dihasilkan...biar kesedihan atau keserbalahan yg terasa di hati sebahgian dr kita ini terubat....biar terkedu jiran kita tu melihat kehebatan anda..go safee go...go go go buktikan anda tidak silap

    ReplyDelete
  5. MANE GAJI BAYAR MURAH USD 10K TUUUU.....

    ReplyDelete