Pages

Saturday, June 18, 2011

Ini baru TRUE fans!

Hujan lebat membasahi Kota Bharu.Pok Awe dan anaknye resah,gelisah melihat titisan hujan yang turun.Namun,semangat dalam diri mereka tidak sedikit pun luntur.Hari ini hari bersejarah,hari dimana Harimau Malaya akan bermain di gelanggang keramat,Sultan Muhammad IV."Lagu-lagu mano pong,kito keno bui sokonge ko tim kito" kata Pok Awe kepada anaknye.

.......................................................................................

Are you really crazy to watch football dalam hujan?Dengan stadium tak berbumbung dan esok anda,anda,anda semua harus pergi ke pejabat,sekolah,kerja?(ahad adalah hari bekerja di Kelantan),ianya hanya perlawanan suka-suka dengan tim tak best pon,harga tiket FAM bodoh cekik darah myr15 untuk perlawanan yang turut disiarkan secara live di ASTROOK ARENA?.Yeah,itulah penyokong dari Kelantan yang tak ada di negeri-negeri lain yang stadium sentiasa kosong sekosong tin kosong.

Dan inilah yang dikatakan biar panas atau hujan sekalipun,we stay behind!gambar ni agak rare,peminat melihat perlawanan bola dengan baju hujan!!!


Ini baru apa yang dipanggil penyokong.Biar sejuk terketar-ketar mengigil pun,sokong tetap sokong!





dan percayalah,kalau tidak kerana hujan,jumlah 13 000 penyokong mungkin lebih banyak dan kebiasaannya,jumlah penonton melebihi yang dapat ditampung stadium.Jadi,warga-warga stadium Paroi,Shah Alam,dan beberapa negeri lagi,malu tak?

.....................................................................................

nota:Permainan Malaysia biasa-biasa sahaja,mengambil kira faktor Skuad Myanmar hanya ada 4 orang pemain senior(yang lain semua player Olympic Squad).

CREDIT GAMBA TO:The Red Warriors Network

1 comment:

  1. kaya la FAM niaga tiket ngan orang Kelantan... tiket mahal nak mampos RM15

    ReplyDelete