Pages

Saturday, July 30, 2011

Kita juga ada....

Post ini hanyalah posting suka-suka dan tiada kena mengena langsung dengan pembangunan bola sepak Malaysia kerana siapalah saya,penulis bodoh yang tiada lesen kejurulatihan pun.Diulangi untuk peminat setia Rajagobal,suka-suka.

Penjaga Gol

Farizal Marlias
Farizal ni kepeer utama Malaysia satu ketika dahulu,sebelum Sharbinee.Sharbinee dapat main first eleven masa Sea Games pun sebab dia ni injured.Pengalaman,kira banyak lah.Dia keeper masa lawan Manchester United dua kali tahun 2009 dan lawan Chelsea haritu.Sangat sesuai menggantikan Apek jika Apek cedera.

Pertahanan

Nasriq Baharom
Nasriq defend favourite rajagobal masa sukan sea 2009.tapi sekarang sudah tersisih.

S Subramaniam
Tidak terlalu tingggi,tapi dia ni tenang dan boleh command orang.Pertahanan kena ada yang dominan dan dia ni sesuai jadi dominan.

Farisham Ismail
Gandingan terbaik Subramaniam,hasil gandingan mereka,Kelantan hanya bolos 21 gol musim ini.

P Gunalan
Siapa lagi kalau bukan kesebelasan utama Selangor ni kan?kenapa kat Selangor Asraruddin tak dapat first eleven?sebab P Gunalan.haha

Tengah

Nor Farhan
Pemain sayap kanan ni boleh menjaringkan gol penting saat terdesak,mempunyai rembatan kencang serta berpengalaman mewakili malaysia pada era B Sathianathan

Badhri Radzi
Prestasi Piya musim lepas banyak membantu Kelantan.Kalau dia ni di tahap prestasi terbaik,memang bagus dia main..cuma dia ni mudah hilang arah dalam perlawanan besar.

Shakir Shaari
Aku taknak listkan player yang dah ada dalam skuad sebenarnya tapi untuk posisi DM,terpaksa sebab sapa lagi bagus dari Shakir dalam Malaysia ni?Aku berani jamin Shakir jauh lagi bagus dari Amar Rohidan,percayalah.Ok,dia ni aku nak komen panjang sikit sebab aku masih lagi terasa kerugian besar jurulatih Malaysia tidak MEMANDANG langsung khidmat Shakir ni.Shakir bukan jenis yang passing bola ketepi kebelakang macam player DM utama Malaysia yang satu tu.Dia ada visi sebagai pemain midfielder pertahanan yang kreatif.Dia boleh tutup gap antara defend dan striker,macam apa yang Sergio Busquet buat untuk Spain dan Barca.Dia banyak bergerak,bantu defend.Sorry to say,Shakir jauh lebih baik dari Amar Rohidan.

Nurul Azwan Roya
Stail permainan sama macam Kunalan,laju,wajar diketengahkan untuk skuad kebangsaan.Sebenarnya dia ni pernah main Malaysia skuad Bawah 16 kendalian Zainal Abidin Hassan pada 2001.

Striker

Manaf Mamat
Kalau sebut tiga striker paling efektif season lepas,siapa lagi kalau bukan Matyo,Hadi dan Manaf Mamat?

Ashaari Shamsuddin
Dia ni pemain Malaysia ke?bila?tak nampak pun Rajagobal kasi dia main match penting.Top scorer season lepas,season ni 10 gol.Bukan striker tapi boleh jadi striker jugak.Aku saja letak dia ni dalam list,sama macam Shakir,kumpulan anak tiri.Jasa dia,1 gol masa lawan Indon kat Bukit Jalil dan satu assist untuk gol Safee Sali kat indon tak cukup untuk Rajagobal kerana Fakhri Saarani lebih berharga

Sebenarnya banyak lagi pemain berbakat Malaysia.Kita bukan hanya ada Fakhri Saarani,Amar Rohidan,Muslim Ahmad,Fadhli Shas,Mahali,Asraruddin je.Ingat,kita ada Daudsu Jamaluddin,Tengku Qayyum,Joseph Kalang Tie,Azlan Ismail,Shakir Ali,Shahruain Abu Samah(jauh better dari Fakhri),Tengku Hasbullah,Azizi Mat ROse,Khairul Anuar Baharom,Hazwan Bakri,Razlan Otto,Syafiq Jammal(sekadar menyebut beberapa nama) dan ramai lagi pemain berbakat.Cuma,dapat ke tak bermain dalam skuad hak milik rajagobal je masalahnya.

9 comments:

  1. betul bro..shahruain lagi better..ish ish ish..

    ReplyDelete
  2. terbaik... tak habis2 org nk pertahan gopal sebab dia bawa kejayaan coach sblm ni xde... perasan tak gopal dah mula buat apa yg coach sblm2 ni buat? still muka sama even off-perform... waktu awal2 dulu dia pggl yg based on form sebab tu berjaya... skrg dh jd sama mcm dulu2 jugak, form tak form pggl yg sama je... fakri, amar, sharbinee etc is a joke, sekarang ni, akan datang kalau diorg boleh perform tak tau tp bagus r kalau boleh perform, but again now they are jokes. What is the use of the pool of talented player kalau peluang hanya untuk 15 yg sama je... use them fully gopal!

    ReplyDelete
  3. betul, farizal lebih baik dari sharbini. Tengok r lawan chelsea macamana, power. Keeper emas sukan sea? Tak tengok macamana sukan sea vs laos gol yang macamana bini ni lepas, jauh luar kotak penalti dan direct ke dia je pun? 5 waktu lawan indon, 4 lawan taiwan, 5 lawan singapurapura dan still ada yang kata si bini ni keeper no 1 negara. Buta ke apa? Harap masukkan farizal ni balik dalam skuad negara. Backup kedua utk apex. Aku suka farizal, tapi apex macamana pun aku takleh nafi kehebatan mamat ni, memang patut keeper no 1 negara. 3 gol lepas lawan china, china ni kuat dan kita kena tiga kad merah tym ni. 3 lawan iran, powerhouse jugak. 2 lawan jepun. 2 final aff lawan indon bola muntah balik dan own goal. Selebihnya 1 atau takde gol langsung. Liverpool? Tu r silap apex, lawan kelab cap AYAM je pun kena 5 :P Peminat liverpool jgn marah yo GGMU

    ReplyDelete
  4. Woi sarbini power woi! Kau tengok ke tak ni, lepas 5 dengan GARUDA, 4 dgn BANGAU (bangau ni power, seriyes) dan 5 dgn SINGA. Pahmi lepas 5 dengan apa? Kelab cap AYAM. hahaha. LOL :D :D :D

    ReplyDelete
  5. Aku cadangkan FAM buat perlawanan khas antara boy2 gopal VS pemain-pemain yg disebutkan dalam article di atas. Kalu boy2 Gopal kalah, Gopal wajib resign. Sape sokong?

    ReplyDelete
  6. Boy 'Terbaik' Gopal ->
    Izzaq Faris Fakri Saarani
    Kunanlan Ismail Faruqi Amar Rohidan Amirul Hadi
    Asraruddin Putra Fadhli Shas Muslim Ahmad Mahali Jasuli
    Sharbinee Alawee

    Boy 'Reject' Gopal ->
    Manaf Mamat Ashaari Shamsuddin
    Azwan Roya Badhri Razi Shakir Shaari Nor Farhan
    P Gunalan Subramaniam Farisham Nasriq Baharom
    Farizal Marlias

    :D :D :D

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum
    saya 99% bersetuju dengan penulis.

    Cuba kita tengok top 10 penjaring terbanyak liga super. Ada ke nama Fakri Saarani. Rasanya macam takde. striker kat malaysia ni berlambak lagi. yang nak izzaq dari team olimpik tu knp? malaysia ada manaf mamat , akmal rizal, syafiq jamal. sedangkan player sabah, razlan otto dapat jaringkan 6 gol dalam liga super. fakri score berapa gol datuk? satu lagi, rakan penyerang fakri dalam team negeri sembilan, firdaus azizul jaringkan 7 gol dalam kempen liga super. minta maaf kalau ada yang tak suka dgn cadangan saya. pemain simpanan dalam pasukan negeri lebih berbakat dari fakri. saya mahu perkenalkan ramzul zahini adnan. penyerang pasukan kelantan. Dia bukanlah pemain kesebelasan utama kelantan tapi anda boleh lihat ketika finak piala fa. dia hanya beraksi sebagai pemain gantian tapi lihat berapa banyak peluang yang dia dapat dan berapa banyak peluang yang dia cipta. untuk piala malaysia nanti, saya rayu datuk lihatlah pemain ini.

    Amar Rohidan, Safiq rahim, S.Kunalan, AMirulhadi zainal. Pemain midfield wajib dalam perancangan datuk. Amar rohidan? jejaka yang entah dari mana datangnya. Namanya kurang kedengaran bagi kau kat dalam liga super. Sebab sepanjang mengikuti perkembangan liga super, defensive midfielder yg selalu dipuji ialah syakir shaari. Syakir ialah defensive mid yang steady. Bola sentiasa di kaki, mampu menggelecek dan mampu jadi playmaker. tapi seperti mana penulis katakan, dia hanya jadi tukang bagi air untuk amar. Kalau datuk tak suka atau masih belum kenal dengan syakir, saya rasa aidil zafuan lagi layak berada di defensive mid. aidil mampu jaringkan gol bukan saja pada keadaan bola mati. Dulu dia bergandingan sebagai striker dengan zaquan. Saya rasa aidil takkan lupa cara nak attack. Untuk playmaker, lebih ramai pemain berbakat. Badhri radzi. kenapa datuk masih tak nampak bakat dia? shahrulnizam mustapha, kapten pasukan perak pon berbakat. datuk tak tengok match perak dgn kelantan ke? Amirulhadi dan s. kunalan. 2 nama yg sentiasa berada di sayap. Saya puji s.kunalan sebab dia memang patut berada dlm kesebelasan utama. tapi amirulhadi maafkan saya. awak terlalu lembik,lembap walaupun kadang2 awak menjadi. Tapi lagi ramai yang berbakat dari amirulhadi. baddrol bakhtiar, khyrill muhymeen, ashaari shamsudin, joseph kallang tie, nurul azwan roya, indra putra, norfarhan. nama2 ni lebih berbakat.

    barisan pertahanan tu memang dah sah kena rombak. biarkan saja mahali, fadhli, muslim main untuk team olimpik. ramai lagi pertahanan yang berpengalaman. pahang, pasukan yang tersingkir dari liga super pun ada pertahanan yang lebih baik dari diorang. anak zainal abidin hassan, zaiza memang berbakat. Malah permainannya lebih berkesan berbanding fadhli dan muslim. s. subramaniam, norhafiz zamani misbah, daudsu patut diberi peluang. ong kim swee lebih pandai memilih pemain berbanding datuk. maafkan saya..

    saya akui penjaga gol nombor satu negara patut menjadi milik apek. datuk menurunkan sharbinee bukan kesilapan. sharbinee memang menunjukkan prestasi terbaik sewaktu menentang liverpool berbanding apek. sharbinee masih belum sesuai untuk bermain dalam perlawanan2 penting. dia masih gementar bila bermain di peringkat anatabangsa. dia hanya boleh berada di belakang apek. dan prestasi farizal marlias ketika menentang chelsea memang patut dipuji. selama ni datuk hanya mengharapkan sharbinee dan apek. aksi farizal menentang chelsea sudah cukup meyakinkan untuk beraksi sebagai penjaga gol negara.

    ini semua pandangan saya sebagai rakyat malaysia. saya mengkritik untuk kemajuan bola sepak negara. jangan hanya cuma menyokong tapi tak berani nak bagi pendapat untuk kemajuan negara. saya bukan pakar seperti datuk k.rajagopal. maafkan saya datuk.

    ReplyDelete
  8. Panjang lebar mat klantan ni puji warga dia..haha

    ReplyDelete
  9. Patut pun...hehe...

    ReplyDelete