Pages

Tuesday, August 9, 2011

Harimau Muda tewas kali pertama dalam jelajah Slovakia

.



Budapest Honvéd FC 4 vs 1 Olympic Malaysia

Nampaknya teori Matematik aku betul.Rakyat Malaysia ramai yang tak tahu perlawanan kali ni dengan kelab dari divison pertama Hungary berbanding 3 perlawanan sebelumnya dengan kelab dari division 2( Bodva Moldava dan MFK Tatran Liptovský Mikuláš) dan division 3( Topoľčany) dan jika sebelum ini pemain Olimpik dipuji tapi kali ni tiba masa dikutuk pulak.Sasaran kutukan adalah 6 daripada 7 pemain kebangsaan yang baru diserap masuk,dikatakan sebagai pengacau dalam pasukan yang sudah cukup kuat tanpa mereka(rata-rata komen mengecualikan Apek dalam hal ini).Mahali Jasuli,Muslim Ahmad botak dan Fadhli Shas ketiga-tiga pemain ini menjadi kambing hitam dan dikutuk teruk.Lagi-lagi dua gol awal Budapest terhasil melalui penalti dan gol sendiri Mahali.

Aiyooo,memang lah tiga-tiga pemain ni banyak silap.Tapi kalu ikut logik,logik dia macam ni,cuba kalau 3 match awal lawan Gombak United(Liga ketiga Malaysia),Pos Malaysia dan Atm(liga kedua Malaysia) menang pun 2-1,1-0.Hangpa ingat tiba-tiba hantar lawan Negeri Sembilan boleh menang ka?ini aku bagi contoh mudah untuk pemahaman segelintir rakyat Malaysia yang bingai sangat fakta taknak ambik tau keje nak mengomen je.Kalau nak komen pun biarlah benda yang betul.Nak buat macam mana dah 6 orang player tu baru datang dan main dalam match yang susah,lawan tim yang lebih hebat dari sebelum ni.

Untuk pemahaman lebih lanjut,sila baca artikel di SINI

Apapun Wan Zack Haikal memang beh boh!

4 comments:

  1. bg aku 3 org mahali, fadli, muslim tu perlu rehat secukupnya. ksian dorg penat aku rasa. perlu recovery utk kembali perform.
    yelah dr dec2010, AFF dorg, friendly dorg, senior dorg, olimpik qual. dorg gk, lwn epl dorg jugak, piala dunia dorg gk.. pastu terbang ke slovakia terus.
    aku rs dorg penat sgt2.

    ReplyDelete
  2. semua salah gobal..haha

    ReplyDelete
  3. kalau nak salahkan gobal tape..bole je..wkakaka

    ReplyDelete
  4. Ganaz gile muka fakri di atas.

    ReplyDelete