Pages

Friday, October 7, 2011

Back to the reality



Accept it or not,future plan or not,Asian Cup 2015 or not,5-0 today.

Satu tendangan tepat ke arah semua rakyat Malaysia untuk kita sedar bahawa pasukan kita masih jauh di belakang.5-0 dalam keadaan Australia tidak bermain bersungguh-sungguh,lebih kepada main petang-petang kerana lagi empat hari mereka akan menentang Oman.Tak berbaloi injured lawan tim belasahan macam ni.

Jangan panik,target kita ialah layak ke Piala Asia 2015.Masih ada masa bukan?.Tapi harus diingat,adakah target kita masuk untuk bertanding atau masuk untuk menjadi pasukan belasahan,pasukan untuk penyerang2 lawan mengumpul gol untuk menjadi penjaring terbanyak kejohanan?.Kalau untuk itu,tidak perlu kerana begitu perit sekali jika diimbas bagaimana Malaysia dibelasah 5-1 oleh China,5-0 kepada Uzbekistan dan 2-0 kepada Iran semua di atas rumput hijau Bukit Jalil.Adakah sasaran layak ke Piala Asia 2015 hanya untuk mengulang sejarah pedih ini?

Skrip sama berulang,cerita sama,taktikal sama,nama sama yang akan dijadikan sasaran kemarahan penyokong dan pada perlawanan berikutnya,nama-nama ini akan kekal tersenarai sebagai kesebelasan utama.Adakah salah Mahali Jasuli,Muslim Ahmad,Amar Rohidan,Asraruddin bila mereka bermain dengan sangat-sangat teruk dan sering dijadikan kambing hitam?Mereka hanya menggalas tugas yang diberi jurulatih untuk turun bermain kerana pada pandangan jurulatih,semua pemain dalam Malaysia selain mereka TIDAK SETARAF MEREKA dan jurulatih Malaysia yang tak perlu disebutkan nama itu KENAL PEMAIN DIA.Satu kebodohan apabila meletakkan Joseph Klang Tie,pemain yang baru pertama kali bermain untuk Malaysia dalam perlawanan kompetetif(lawan chelsea perlawanan sarkis) sebagai pemain midfield yang perlu merencanakan gerakan.Bodoh tahap mana?pikrlah sendiri kerana Joseph Kalang bermain sebagai winger untuk Terengganu.

Pengguguran Shakir Shaari yang beraksi cemerlang untuk Kelantan,Safiq Rahim dan Ashaari Samsuddin tak perlu diperdebatkan.Itu keputusan 'mereka yang punya kuasa'.Pasukan Malaysia dilatih orang itu dan rakyat Malaysia yang membayar cukai tidak layak berkata apa-apa.Kita harus memberi dia peluang membina pasukan masa depan dia dengan pemain-pemain kegemarannya.

Media juga harus dipersalahkan dalam hal ini kerana terlalu menggahkan pasukan Malaysia.Saban hari keluar artikel-artikel keterlaluan seperti "xxxxx Messi Malaysia","xxxxx dipuji pengurus EPL","xxxx diintai kelab dari negara k,y,m,n" dan banyak lagi artikel lucu.Perlawanan tadi menunjukkan di mana taraf pemain kita berdepan dengan pemain-pemain Australia.

Kesimpulannya sekarang kita hanya perlu tunggu dan lihat dan jangan bersuara kerana piala Asia 2015 adalah sasaran jurulatih itu dan dia berkata jika dia gagal,dia sendiri akan mengundurkan diri.Maknanya dia mintak lagi empat tahun sebagai coach Malaysia,satu tempoh yang lama dan selamat untuk dia dari dipecat(boleh pulak main mintak2 kan?).sila jangan usik dia.

FAM?yang itu lagilah jangan dikritik.Persatuan paling kebal dalam dunia.Sapa kritik FAM boleh kena 6 bulan gantung dari bola sepak wooo..FIFA pun tak kebal macam tu.

7 comments:

  1. aku masih tak faham cara rajagobal menilai pemain..

    ReplyDelete
  2. aku pun masih tak faham, cara dia nilai amat2 berbeza selepas juara AFF. masa Sukan Asia pun tak mcm ni.

    aku juga pelik, kenapa khyril muhymin tak main? bukan ke dia tengah mantap dari segi performance sekarang (sbb rajagobal kata dia pilih pemain bdasarkan perfomance).

    ReplyDelete
  3. aku pun xfhm

    http://simple-mzs.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Malaysia kna cari coach yg mentality dia "winning"...kebanyakan coach malaysia sblom main dh pikir kalah dan cmner nk elak dr lepas gol banyak...sepatutnya pikir cmner nak buat serangan utk dpt gol yg banyak lg bgus...

    ReplyDelete
  5. satu lagi kna cari player who can act as general on field (cth. zidane)..jenis2 player mcm nie mampu menghidupkan pasukan dan biasanya akan bermain diposisi tgh dan jd captain...bila tgh hidup..pertahanan dan serangan akan jd mantap...

    ReplyDelete
  6. errr...mesti ada yg akan kata...ingat senang ke nk jd cm zidane...jwpn gua...training hard...klu training x pndai2 gak...mmg bebal...

    ReplyDelete