Pages

Monday, October 24, 2011

Email untuk FAM : copy paste and send!

TO: media@fam.org.my

Subject:Membantah kenaikan harga tiket final Piala Malaysia

Merujuk perkara diatas,saya sebagai penyokong bola sepak Malaysia membantah sekeras-kerasnya kenaikan harga tiket final Piala Malaysia.

1. Pada tahun 2009,tiket final PM hanya berharga RM20.FAM dengan sewenang-wenangnya telah menaikkan harga tiket pada tahun lepas kepada RM30 dengan alasan meningkatkan tahap keselamatan dan kawalan stadium tetapi nyata hanya mulut manis berbicara,mercun tetap lepas dibawa masuk ketika final tahun lepas.Tahun ini,FAM menaikkan lagi harga tiket hampir dua kali ganda kepada RM50.

2. Alasan Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram berhubung kenaikan harga tiket yang berbunyi “Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja" adalah alasan bodoh yang keluar dari mulut seorang yang mempunyai jawatan di dalam persatuan bola sepak negara MALAYSIA.

3. Berhubung persetujuan kedua-dua belah persatuan bola sepak negeri Terengganu dan Negeri Sembilan dengan harga tiket yang ditetapkan,saya hampir pasti bahawa mereka TERPAKSA bersetuju atas dasar FAM badan bolasepak yang tidak boleh dikritik.Tindakan akan diambil ke atas mereka yang membantah.

4. Kenyataan Tan Sri Anuar Musa,timbalan presiden FAM yang menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang kenaikan harga tiket menimbulkan tanda tanya bagaimana seorang timbalan presiden tidak dipanggil dan diberitahu tentang harga tiket final Piala Malaysia?

5. Adakah sewa stadium Shah Alam terlalu mahal?mengapa masih mahu dibuat di Shah Alam jika sewa terlalu mahal?Datuk Hamidin Amin sila jawab.Adakah jika Selangor layak ke final sewa dan harga tiket akan semahal itu Datuk Hamidin?

6. Saya tahu email ini tidak akan dilayan sama sekali oleh FAM.email ini hanyalah salah satu cara awal menyuarakan melalui saluran yang betul seperti disarankan sesetengah pihak sebelum saya dan rakyat Malaysia lain memboikot perlawanan akhir PM.

Akhir kata,didik pemimpin atasan FAM,terdidik bola sepak Malaysia.

na copy boleh tapi give some credit to : Bolatalk.blogspot ..follow pong boleh.hehe

3 comments:

  1. Tan Sri Anuar tu duduk dlm tempurung ke? x baca suratkhabar? x tgk berita? xder kwn2 bg tau ke? tipikal jawapan org politik bila tak tau nak wat apa...

    ReplyDelete
  2. malam harga tiket diumumkan tu dia kata dia tak tahu.mungkin dia tak join mesyuarat

    ReplyDelete
  3. suggest rajagopal give opportunity in.yusof marzuki.sukor adan.hairudin omar.to guide young player.and rest.gurusamy.fakri sharani.and shahrizal saad.faizal ash burn.because this not new player exposure time. this time want to raise rangking and country's football image.and provide strongest line-up for asia cup.

    ReplyDelete