Pages

Sunday, January 22, 2012

Profesionalisme taik kucing busuk berwarna hijau - liga super.



Hujung minggu ni banyak aksi-aksi panas dalam kancah liga super,liga yang penuh dengan aksi-aksi komedi.Liga yang anda boleh melihat pemain-pemainnya membuat clearance liar walaupun tanpa pressure,hantaran membabi buta,bermain long pass berkali-kali walaupun itu kerje sia-sia,ditambah dengan ulasan pengulas yang 'umpama mat pet sedang high', pendek kata,liga yang lagi lawak dari menonton raja lawak 6 yang hanya hosnya sahaja lawak.

liga professional Malaysia telah bermula sejak tahun 1994.Kalau ikut umur,liga professional Malaysia boleh dikatakan sama umur dengan adik-adik yang baru selesai ambik SPM tahun lepas.Sementara adik-adik ini,selama 17 tahun lahirnya ke muka bumi,telah diisi dengan berbagai-bagai ilmu alam baik dari segi sains,ilmu mantik,ilmu hidup dan sebagainya,adakah liga super,satu ketika dahulu namanya liga m turut sama berkembang dalam masa 17 tahun ini?

Belumpun masuk sebulan bermulanya Liga Super,telah banyak kontovesi-kontrovesi yang pelik untuk kita dengar timbul dalam mana-mana liga professional yang lain.Bermula dengan isu pemain import,perlanjutan tarikh pendaftaran import,ada negeri nak ugut-ugut tarik diri,mutu pengadilan yang sangat-sangat teruk dan bermacam masalah lain.

Terbaru,isu pergaduhan penyokong Jang dan pemain Felda United,hardi jaafar dan Hamsani Ahmad.



Dan sikap tidak professional V Thriumugan,pemain Kedah terhadap import Kelantan,Mat Ghaddar,



liga-liga luar negara seprti EPL pun boleh berlaku perkara ini kerana pemain apabila bermainan di bawah tekanan emosi,mereka akan bertindak melulu tanpa berfikir,TETAPI,di luar negara,pengadil peka dengan situasi-situasi seperti ini dan bijak mengawal perlawanan serta membuat keputusan tepat untuk mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.Pemain juga harus professional,bla-bla-bla cilake dah macam karangan BM SPM.Penonton?penonton kita sebenarnya mengata indong paku serpih,mengata orang dia pun sama.mentaliti bangang samseng masih ada.Macam mana nak buat tempat penonyon tanpa pagar macam kat EPL kalau macamni woi??

Jadi,(ah barbie,ayat BM lagi) dimana tahap professionalisme liga super ni???jawapannya,tepuk amai-amai tanya sama kupu-kupu.ok yang last ni tak lawak.pikir la.malas aku nak tulis da.gong xi fa cai.selamat bercuti

gambar sekadar hiasan,tiada kene mengena langsung dengan sebarang isi cerita

No comments:

Post a Comment