Pages

Saturday, February 26, 2011

Carling Cup final Preview wajib baca!

.

Segala caci-maki dan hinaan tahap anjing kurap dihina boleh ditidakkan oleh peminat-peminat Arsenal lepas ni kalau menang perlawanan Piala Carling yang maha gah lagi berprestij nih.Sudah 6 tahun sejak kemenangan Piala FA.6 Tahun bukanlah stau tempoh yang sekejap.Kalau buat anak setiap tahun da boleh dapat 6 orang dah tapi kabinet trofi Arsenal masih lagi tidak terisi dalam tempoh 6 tahun nih.

Gambar:Kabinet trofi Arsenal di ibupejabat Emirates Stadium.


Teori 'Pemain masih muda' sudah tidak boleh digunapakai oleh Arsen Wenger.Buktinya...

Abe Fab ditengah di usia belia remaja


Abe Fab 2011.Berjanggut dah tunggu piala.


Nampak tak perbezaan dari muka adik-adik kpd muka brader-brader Fabregas?selama itulah dia tidak memenangi sebarang kejuaraan melainkan piala main-main pra musim,Emirates Cup.Malangnya,Abe Fab dikhabarkan tidak akan bermain kerana kecederaan.

Sedikit sejarah Piala Liga(untuk tatapn fan arsenal yang muda-mudi)

Piala Liga tidaklah segah Piala Fa dan namanya juga telah banyak berubah dari tahun ke tahun mengikut penaja.Piala Liga mula diperkenalkan pada tahun 1960.Tidak seperti FA Cup yang boleh disertai sehingga 750++ pasukan,Piala Liga lebih terhad penyertaannya kepada hanya 90++.Pada tahun 1982,Piala Liga telah ditukar nama kepada Milk Cup berdasarkan penaja semasa,Milk Marketing Board.Nama Piala Liga kemudiannya bertukar-tukar mengikut penaja seperti Littlewoods Challenge Cup (1986-1990),Rumbelows Cup (1990-1992),Coca-Cola Cup (1992-1998),Worthington Cup (1998-2003) dan kini dikenali sebagai Carling Cup (2003-2012).Keistimewaan Piala Liga ialah pemenangya akan mendapat tempat ke Europa League(Liverpool pon maen sini tawwww skang.ahhahaha).Kejohanan ini kebiasaannya diambil mudah oleh pasukan hebat-hebat dan tidaklah gah sangat sehingga digelar 'miki mouse cup' dan 'worthless cup' oleh peminta bola sepak.



Perjalanan onak duri ke Final(baca sambil memainkan lagu Zaiton Sameon)

Birmigham City
Birmigham mengalahkan Rochdale di pusingan kedua dengan jaringan 3-2.Birmigham meneruskan kecemerlangan mengalahkan MK Dons 3-1 di peringkat seterusnya.Pada peringkat keempat,Birmigham terikat 1-1 sehingga tamat permainan tetapi bejaya memenangi perlawanan dengan penalti,4-3.Birmigham terus-terusan mempamerkan kecekalan dengan mengalahkan Aston VIlla di quater final,2-1.Hujan tidak akan tidak akan turun,akhirnya Birmigham kalah di peringkat separuh akhir pertama,2-1 ditangan kelab yang bergelut,West Ham.Tetapi,seperti hero cerita tamil,anak buah Mcleish bangkit memenangi perlawanan kedua 3-1.

Arsenal FC
Arsenal mendapat bye di pusingan pertama dan kedua.Memulakan kempen di pusingan ketiga,The Gunners dengan lahapnya meratah Tottenham Hotspurs 4-1.Pusingan keempat menjadi satu lagi saksi keghairahan anak buah Arsene Wenger apabila mereka menang 4-0 ke atas Newcastle United.Arsenal mudah mengetepikan Wigan di quater-final,2-0.Kejutan melanda apabila mereka tewas mengejut kepada Ispwich Town,1-0.Skuad muda Gunners bangkit memenangi perlawanan timbal balik,3-0 untuk mara ke final.

Birmigham lawan Arsenal.


Dah tentu Arsenal menjadi pilihan untuk menjuarai perlawanan ini jika kesemua pemain Arsenal bermain di tahap sebenar dan tidak mempamerkan aksi-aksi bebal yang kadangkala dipamerkan pemain Arsenal.Tanpa kehadiran Fabregas dan Theo Walcott,Arsenal tidak banyak terjejas kerana musim ini Arsenal tampak lebih fleksibel tanpa terlalu mengharapkan Kapitan mereka yang mengidam ke Barcelona itu.Samir Nasri cukup menyinar musim ini.Jack Wilshere sudah membuktikan keupayaannya mengawal titik tengah padang.Robie Van Persie juga di tahap terbaik permainannya sementara masih sihat.Bagi Birmigham,mereka pasti mengharapkan tuah untuk memenangi Piala Liga dan ianya tidak mustahil.Kali terakhir Birmigham memenangi piala utama adalah pada tahun 1963 dan ini pasti suatu kejayaan yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat Birmigham.Mereka akan turun dan bermain mati-matian sepenuh jiwa dan raga untuk memenangi trofi ini.Dan jika perlawanan berlarutan ke penentuan penalti,mereka mungkin boleh memenanginya atas pengalaman Ben Foster.Segala-galanya boleh berlaku dan akan berlaku di atas padang pada perlawanan esok hari.

Notakaki
Like dan share artikel ni,sejam taw buat.Follow sekali blog ni untuk aku semangat sikit tulis lagi dan lagi.Sikit sangat follower nih,traffic da banyak.hahahaha

No comments:

Post a Comment