Pages

Friday, February 25, 2011

Sang Kijang vs Sang Kenari

.
Gambar:Hazman Fadzil.com


Kelantan hanya kalah satu perlawanan musim lepas dan ianya di tangan Sang Kenari.Nasib baik Happy Warriors berjaya bangkit dari ketinggalan tadi untuk menyamakan kedudukan 1-1.Gol Kedah dijaringkan oleh Azlan Ismail manakala gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang sensasi,kemah molek,skillfull tetapi sedikit buncit,Mat YO.Mendengar komen tahap 'ngapo kokse' dari pengulas Astro Arena,nadi sukan Malaysia membuatkan sesiapa saja lebih rela menikmati bola dalam keadaan tv di'mute'.

Perlawanan tampak seimbang apabila kedua-dua pasukan melakukan serangan bertali arus.Kedua-dua pasukan berjaya menembak tepat sebanyak 6 kali ke arah pintu gol lawan.Kelantan yang dilabel pilihan untuk memenangi perlawanan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.Kedah pula tampak akan bangkit unutk musim ini selepas sebelum perlawanan,hanya menjaringkan satu gol,menerusi penalti dalam 4 perlawanan.

Seluruh kem Kedah harus berterima kasih dan memberi saguhati kepada kapitan Happy,Piya kerana mensia-sia kan peluang 'just tolak bola sudah masuk' sekaligus menebus kebebalan barisan defender Sang Kenari.Norshahrul Idlan Talaha melalui satu lagi perlawanan yang mana dia dikawal ketat dan gol dia memang 'celaka macam mana dia buat tu?'.SUPERB,Marvelleous.Juga,satu lagi persembahan bebal dengan rambut trojan tidak meyakinkan dari Ramzul.Aku rasa dia nih maybe gugup kot.Bagi lagi dua tiga game lagi kita tengok.Badrol Bakhtiar juga cemerlang dan masih lagi antara winger terbaik neagra.Rajagobal,sila ambik dia ni balik.

Kesimpulannya,perlawanan yang seimbang(ulang lagi ayat nih) dan kedua-dua pasukan cukup bebal,baik,bodoh,hebat dan terror layak untuk mengutip satu mata.The Red
Warriors kekal sebagai pendahulu liga pada malam sabtu ini.

No comments:

Post a Comment