Pages

Tuesday, August 2, 2011

Kembalinya pemain import ke dalam Liga Malaysia

.



Belum terlambat rasanya untuk kita bincangkan pasal benda ni sebab berdasarkan komen-komen peminat bola sepak,ada segelintir peminat yang tak rela dengan pembukaan kembali pintu kepada pemain import bermula musim depan.

Khidmat pemain import mula dibenarkan semenjak tahun 1989 sehingga pada tahun 2009,khidmat mereka tidak lagi dibenarkan oleh FAM atas beberapa masalah.

Kini,khidmat awang import kembali dibenarkan dengan beberapa syarat,yang pada dasarnya sangat sesuai bagi menjaga kualiti Liga Super.Syarat pengambilan pemain import yang digariskan oleh FAM ialah 2 pemain import dibenarkan bagi setiap pasukan, Syarat untuk 2 pemain import tersebut adalah seorang pemain mestilah berasal daripada ASEAN yang bernaung dibawah Konfidefasi Bola Sepak Asia (AFC) dan seorang lagi adalah pemain berasal daripada Eropah, Amerika Latin dan Afrika.Untuk Pemain import ASEAN, pemain tersebut hendaklah pemain daripada pemain divisyen satu dan pemain import lain hendaklah sekurang-kurangnya dari divisyen dua (2). Pemain import yang bermain dari Singapura, indonesia dan Thailand tidak dibenarkan dalam tempoh 2 tahun ini.

Seperti rungutan sesetengah peminat,apa relevannya pemain import?mereka hanya akan menutup ruang dan peluang untuk pemain negara beraksi seperti yang terjadi semasa dibenarkan pemain import beraksi.Pemain import juga akan membebankan kelab dengan gaji mereka yang tinggi dan kenapa kita perlukan pemain import?pemain kita tak cukup bagus ke?itu antara hujah-hujah daripada sesetengah peminat yang menentang kembalinya pemain import ke dalam liga Malaysia.

Saya percaya,perkara-perkara diatas tidak akan berulang memandangkan FAM telah menggariskan,hanya dua pemain import dalam setiap pasukan dan syarat-syarat lain yang lebih ketat untuk menjaga mutu Liga Super.Khidmat pemain import juga bukanlah wajib untuk dipenuhi oleh semua pasukan sebaliknya terpulang kepada sesuatu pasukan yang mempunyai kewangan yang kukuh agar masalah tunggakan gaji tidak lagi berulang.

Sebenarnya,kehadiran pemain import akan menjadikan liga Malaysia lebih kompetitif dan akan lebih mematangkan pemain dalam mencari pengalaman.Pemain akan lebih kreatif jika beraksi di peringkat antarabangsa,berhadapan dengan pasukan-pasukan dari eropah misalnya kerana sudah biasa bermain atau bertemu dengan pemain-pemain dari sana saban minguu.Takdela jumpa player defend tinggi macam Daniel Bennet tapi dok hantar bola tinggi je kat striker yang tak tinggi mana

Pemain-pemain juga akan lebih berusaha untuk memajukan diri dalam bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.Ini sekaligus membuang sikap 'koya star' dalam diri setiap pemain kerana mereka tidak lagi berada dalam zon selesa kecuali Fakhri dan Amar Rohidan untuk team Malaysia..opsss

Kehadiran pemain import juga akan dapat kembali memeriahkan gelanggang bola sepak tempatan seperti yang berlaku di era Juan Manuel Arostegui,Bambang Pamungkas,Frank Seator dan yang seangkatan dengan mreka.Pada zaman itu,kanak-kanak bermain bola di padang dengan menggelar diri mereka "aku macam Arostageui,Seator dan Bambang",berbeza dengan zaman sekarang dimana kanak-kanak lebih gemar mengatakan "aku ronaldo,messi ataupun xavi".

Pada ketika itu,kehadiran di stadium juga tidaklah seteruk seperti ketika ini,tidak mengambil kira kehadiran di stadium Sultan Muhammad IV yang sentiasa penuh(makan budu memang minat bola lebih kot).Ini kerana ketika ini, peminat masih bersikap skeptikal terhadap mutu permainan bola sepak tempatan walaupun peminat sudah kembali menyokong skuad negara.Diharap dengan kehadiran pemain import,mutu permainan liga akan lebih menarik untuk ditonton dan peminat akan rasa lebih berbaloi untuk pergi ke stadium.

Pemain import juga akan dapat membantu pasukan-pasukan yang bertanding dalam Piala AFC,sebagai wakil Malaysia kerana saingan di peringkat itu lebih mencabar.Tanpa pemain import,bukanlah menidakkan kebolehan pemain tempatan tetapi agak sukar untuk bersaing dengan pasukan2 lain yang lebih hebat bahkan tidak mustahil pasukan dari negara kita akan menjadi pasukan belasahan yang mana sedikit sebanyak memburukkan nama Malaysia.

Kesimpulannya,banyak perkara postif yang dapat kita ambil daripada pengambilan semula khidmat pemain import asalkan kita mengambil iktibar untuk tidak mengulangi masalah-masalah yang berkaitan dengan pemain import yang pernah terjadi suatu ketika dahulu.Sekian saja karangan spm Bahasa Melayu kertas satu dari aku.wakakaka

3 comments:

  1. aku setuju dgn player import ... player import boleh kurangkan skil dan kurang tonjol potensi player tempatan ???? bullshit ... kalo zaman kedah dulu, sume budak2 nak jadi sundramoorthy or adigun or tibor szaban.. hehehh... syarat fam untuk amik player import yg dh est mmg bagus untuk jaga standard liga, dan juga local player dpt pengalaman only from the best...kalo dulu masa semi pro, kita msti nak tgk sape player import..hehe..kite kenal ke tak..pnah main WC ke tak..main negara ke tak..dari brazil ke or dari indon jeee ... hehhe...

    ReplyDelete
  2. aku berani bet lepas ni game level kite akan drop mcm dulu,FAM hanya fikirkan keuntungan drp pembangunan bolasepak tanahair!

    ReplyDelete
  3. Ambik je. Jangan fikir negatif.

    ReplyDelete