Pages

Sunday, August 7, 2011

Pengetahuan am tentang kunjungan Harimau Muda ke Slovakia

.


credit to blogger dawai koko+ yang bagitau aku info ni dan disini saya hanya ingin berkongsi pengetahuan am saya,bukanlah memperlekehkan mana-mana pihak yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Ok,kita semua tahu tentang perlawanan persahabatan pasukan Harimau Muda dengan kelab dari liga Slovakia yang telah dan akan berlangsung sepanjang bulan ini kan.?ini jadual dia.

26 Jul - Malaysia U23 (1) vs Moldava (0)
30 Jul - Malaysia U23 (2) vs Topolcany (1)
2 Aug - Malaysia U23 (2) vs Liptovsky Mikulas (1)
9 Aug - Malaysia U23 vs Honved Budapest
16 Aug - Malaysia U23 vs Dolny Kubiu
23 Aug - Malaysia U23 vs FC Nitra
26 Aug - Malaysia U23 vs FC Levice


Jom tengok carta liga dimana kedudukan setiap pasukan yang ditandingi Harimau Muda dalam liga slovakia musim lepas

Slovakia super liga



Slovakia League I



Slovakia League II



Bagi dua lagi pasukan yang tidak berada dalam carta,

FC Levice=bermain dalam liga keempat Slovakia dan tahun lepas berjaya mendapat no 2 dalam liga keempat.

Honvent Bupadest=Pasukan dari Hungary,tahun lepas mendapat tempat ke 11 dalam liga utama Hungary.

.....................................................................................

Tujuan aku post benda ni bukan sebab nak menjatuhkan skuad Harimau Muda tapi untuk memberi maklumat dan sedikit info kepada yang tidak tahu sebab sebelum ni aku pun masuk dalam golongan "wah,hebat la sial Harimau Muda menang semua match kat Slovakia,boleh layak Olimpik ni" dan aku pasti ramai yang berfikiran macam ni jugak.Menang semua match kan?gila ah dong.Tapi kenyataannya,sebenarnya ini hanya pencapaian yang biasa(berdasarkan kedudukan liga tiga kelab yang telah dilawan).Apapun still boleh bangga la jugak kan.

Kita seharusnya berpijak dibumi yang nyata.Jepun,Bahrain dan Syria bukan lawan yang mudah dan ini tujuan aku dedahkan info pasukan Slovakia yang kita buat friendly tu.Jangan letak harapan terlalu tinggi kerana jika skuad Harimau Muda ini gagal,pasti perasaan kecewa lebih berganda-ganda.Yela sebab lately selepas kekalahan pasukan utama,tumpuan lebih kepada skuad Olimpik dan ramai orang mengeluarkan ayat "Ah,sokong Harimau Muda la pulak,diorang dalah menang semua match kat Slovakia,mesti boleh makan nye Jepun tu" kan nampak overconfident disitu tanpa mengetahui sebenarnya pasukan kelab yang ditentang Harimau Muda sebenarnya hanya satu dari liga utama,3 liga kedua,1 liga ketiga dan 1 liga keempat dengan tambahan satu dari liga utama Hungary.Stay cool man,bola kan bulat,kalau ada peluang dan rezeki,mesti boleh punya tapi jangan la menaruh harapan setinggi gunung everest pulak kan .Apapun teruskan menyokong skuad negara selagi bernafas tapi jangan sekal-kali sokong FAM.opss.ahhahaa

pstt: sila share supaya keyakinan rakyat Malaysia berada ditahap biasa bukan berada ditahap luar biasa.haha.

3 comments:

  1. Skuad harimau muda lebih meyakinkan berbanding skuad senior. OKS lebih bersikap terbuka dalam menerima cadangan dan kritikan... harap2 skuad ini akan lebih berjaya

    ReplyDelete
  2. keyakinan aku untuk Harimau Muda kini berada ditahap biasa..

    ReplyDelete
  3. sokong tetap sokong....tp jgn letak harapan tinggi bukan2

    ReplyDelete