Pages

Wednesday, September 21, 2011

eksklusif:Review Malaysia vs Jepun



"sial,nippon bekas penjajah.Tapi awek-awek jepun hot-hot la" ulas kawan saya bila ditanya tentang Jepun,bakal lawan Malaysia yang pertama dalam peringkat kumpulan kelayakan Olimpik.

Tamat perlawanan,Jepun menang 2 gol berbalas 0 hasil jaringan Higashi Keigo dan Yamazaki Ryohei.

Pertama sekali,tahniah kepada semua pemain termasuk penyokong yang hadir di stadium Tosu stadium.Atmosfera dalam stadium yang dipenuhi dengan penyokong 'garuda biru' memang boleh melemahkan semangat lawan sejak dari langkah pertama memasuki stadium lagi.Penyokong Malaysia perlu mencontohi sikap warga Jepun yang cintakan bola sepak walaupun ini hanya pasukan Olimpik dan lawan mereka hanyalah pasukan Malaysia.

Khairul Fahmi Che Mat sekali lagi menjadi penyelamat kepada maruah pasukan negara.Sebagai kapten,dia telah menunjukkan satu semangat yang sewajarnya terutama pada separuh masa pertama ketika rakan-rakan yang lain seperti hilang punca,mungkin kerana gemuruh.Tidak mustahil nama Apek akan meniti di bibir peminat bola sepak sebagai salah seorang 'lejen' sebaris dengan Datuk R Arumugam dan Khairul Azman Mohamed satu hari nanti."How good is Khairul Fahmi?" itulah soalan yang dilontarkan pengulas channel 813(sapa nama tak tau) yang nyata kagum dengan anak muda ini.Ini ciri kapten sebenar dan lepas ni Arsenal boleh beli Apek ganti Szezezezaezzeny.

Pasukan Malaysia hanya mendapat 1 shoot berbanding Jepun 21 shoots.Angka ini jelas menunjukkan kita telah diatasi sepenuhnya.Jepun mungkin lawan yang lebih hebat atau pemain kita terlalu gemuruh dan memandang Jepun sebagai "lawan yang hebat".

Percaturan Ong Kim Swee yang menurunkan Izzaq Faris yang banyak dipertikaikan peminat-peminat bola sepak(hasil bacaan di group-group Facebook) sebenarnya ada betulnya kerana Izzaq Faris mempunyai fizikal yang tegap dan sesuai sebagai target man untuk strategi counter attack Malaysia.Tetapi Izzaq seakan-akan 'Peter Crouch Malaysia' apabila bermain hambar.Pada perlawanan berikut,di harap Izuan Solahuddin,Hazwan Bakri atau Syahrul Azwari diberi peluang kerana dari segi 'kebolehan menjaringkan gol',mereka nyata lebih baik tetapi fizikal takdelah sesedap Izzaq Faris.Ketiga-tiga pemain ini telah membuktikan kemampuan dengan menjaringkan gol dalam jelajah Slovakia dimana Izzaq gagal menjaringkan sebarang gol.

Pada separuh masa pertama,pemain Malaysia nampak diatasi dari semua segi,aspek fizikal mahupun kemahiran.Serangan Malaysia banyak tertumpu kepada sebelah kanan pasukan Malaysia,tempat Wan Zack Haikal.Wan Zack Haikal sememangnya pemain berkemahiran,tetapi kerap kali dia berjaya dihalang pemain defensif kiri Jepun tetapi barisan pemain Malaysia tetap cuba menyerang menerusi Wan zack Haikal,mungkin kerana dia bermain untuk Vion?.Berbeza dengan pasukan Jepun,dapat dilihat strategi mereka terancang,mereka menyerang dari kiri,tengah dan kanan dan sejara jujur,agak menyakitkan hati bila pemain Jepun Yuya Osako tersenyum setiap kali cubaannya tersasar,seperti main petang-petang.

Separuh masa kedua,Malaysia tampak sedikit hidup dan adakalanya menyerang.Jika anda tidak dapat mengatasi mereka dengan fizikal,atasi mereka menggunakan otak.Itulah yang ditunjukkan pemain bertubuh kecil,Wan Zaharul Nizam atau Kecik yang masuk menggantikan Wan Zack Haikal yang cedera.Beberapa kali Kecik berjaya menggelecek pemain pertahanan Jepun yang sukar ditewaskan Wan Zack Haikal sebelum itu malahan satu ketika,crossing yang dibuat kecik disempurnakan Fandi Othman untuk jaringan gol tetapi dihalang pemain Jepun.Pada separuh masa kedua juga pemain Malaysia sudah sedikit yakin dengan kaki mereka sendiri.Jurulatih Jepun yang nyata tension dengan kehebatan Apek terpaksa memasukkan penyerang utama mereka,Kensuke Nagai dan Yamazaki Ryohei.Dua pemain ini sebenarnya pemain utama Jepun yang disimpan untuk perlawanan yang lebih mencabar.Hasilnya,Jepun memperoleh gol kedua yang dijaringkan Yamazaki Ryohei hasil umpanan Kensuke Nagai.

Secara keseluruhannya,pemain Malaysia memang bukan tandingan Jepun.Jepun bermain laju,mereka mempunyai pemain berkemahiran yang mampu menggelecek pemain-pemain kita secara berseorangan.Malaysia turut lemah dari aspek asas bola sepak iaitu hantaran tepat.Kerap kali pemain Malaysia membuat hantaran kurang tepat walaupun tiada pressure dari pemain Jepun,mungkin kerana gemuruh?.Jika rakyat Malaysia lain mengatakan hanya Apek yang layak dipuji,saya ingin membantah kerana ada satu susuk tubuh kecil yang berani dalam pasukan Malaysia yang nampak serba tidak kena.Pemain itu ialah Wan Zahrul Nizam atau Kecik.Kecik layak dipuji kerana keberanian dia untuk memegang bola lebih lama,aspek penting kerana pemain seperti Messi juga mempunyai gaya permainan seperti ini.Di saat pemain Malaysia lain gemar membuang bola dari kaki dengan melakukan hantarann walaupun tiada pressure,Kecik dengan berani menggelecek seorang dua pemain Jepun.Tidak mustahil jika dia dapat bergandingan dengan wing back yang lebih mantap dari Mahali,gandingan tersebut akan berjaya merobek masuk kedalam kawasan Jepun.Sayangnya pemain ini sering dimasukkan sebagai pemain gantian,mungkin kerana fizikalnya yang sedikit kecil menyebabkan Ong Kim Swee kurang percaya kebolehannya.Mungkin?

Diharap pada perlawanan akan datan pemain-pemain seperti Kecik,Syahrul Azwari,Izuan Solahuddin dan Hazwan Bakri diberi peluang untuk memulakan perlawanan berbanding Thamil Arasu dan Izzaq Farris.Aapun,saya bukanlah coach.Sama-sama kita mendoakan kejayaan pasukan Malaysia dan sama-sama kita turun ke stadium dalam perlawanan akan datang di Bukit Jalil - Jak

notakaki : kesilapan terbesar Ong Kim Swee ialah tidak memanggil Ramli menyertai skuad Olimpik.

7 comments:

  1. Ramli yang wakil M.u ke bradeer?-mie-

    ReplyDelete
  2. cepat2 lah malaysia jadi republik.
    aku dah benci golongan politikus n rajagopal (bukan rajagopal harimau malaya) duk bersarang kat FAM dan state FA's, sistem development tah apa apa, sistem liga tah apa apa, and to those who still ada sentimental value dgn pasukan negeri masing2 i give u guys a big FUCK! hangpa tolong jangan jadi bodoh duk biar our footballing nation jadi bangang macam muka shaberry cheek..anuar musa included!

    hahahahhahah

    sekali sekala kena marah

    ReplyDelete
  3. lagi satu melayu melayu kena belajar dari nippon, sokong bola tak payah pakai vuvuzella, trumpet and gendang rebana yang mcm lancau tuh, guna je instrument semula jadi hang pa, pakai anak tekak and jerit chant puas puas,kalah and menang apa ada hal,janji jgn sokong FAM dan state FAs yang bodoh nak mampos.

    paling penting boikot liga malaysia selagi tak de total revamp structure, haramkan semua state FA dari tergedik2 nak buat football team sendiri, tuh bukan fungsi state FA,

    "melakukan pendekatan yang sama berulang kali,sambil mengharapkan kejayaan datang bergolek adalah kebodohan paling nyata"- mokhtar dahari

    sekali sekala marah tak jadi apa..
    kena marah terus.

    ReplyDelete
  4. Marah betul anonymous2 di atas.hahahaha

    ReplyDelete
  5. pemain malaysia duk tgk maria ozawa tu x fokus tu...papepun ramli tu mmg pntg la

    ReplyDelete
  6. dato king pliz sign ramli..terbaeek woo
    hahaha

    ReplyDelete