Pages

Wednesday, April 4, 2012

FAM dengan perangai baru.

membela FAM di dalam negara Malaysia umpama membela anak yang nakal.Pening sekali melihat gelagat mereka.Dalam pelajaran tidak pandai,dalam perangai tidak berupa sopan.Dengan penggantungan Tan Sri Anuar Musa,bermulalah episod baru cerekarama "FAM PAWER TAK BOLEH KENE KRITIK".sambungan dari episode-episode lain yang aktornya sebelum itu Sathianathan dan lain-lain.

Hal seperti ini tidak perlu diulas panjang kerana nasi sudah menjadi bubir.Anuar Musa pun sudah digantung dua tahun enam bulan.Apa yang pasti,penggantungan ini menaikkan lagi kemarahan pencinta bola sepak terhadap FAM,persatuan diktaktor yang tidak boleh dijentik.

Nyatalah perubahan perlu dilakukan segera.Tapi bolehke besi yang sudah berkarat teruk digunakan lagi?ada yang berkata selamanya FAM akan bangang walau siapa pun pentadbirnya kerana orang dalam FAM itu sendiri sudah parah.

Sunday, January 22, 2012

Profesionalisme taik kucing busuk berwarna hijau - liga super.



Hujung minggu ni banyak aksi-aksi panas dalam kancah liga super,liga yang penuh dengan aksi-aksi komedi.Liga yang anda boleh melihat pemain-pemainnya membuat clearance liar walaupun tanpa pressure,hantaran membabi buta,bermain long pass berkali-kali walaupun itu kerje sia-sia,ditambah dengan ulasan pengulas yang 'umpama mat pet sedang high', pendek kata,liga yang lagi lawak dari menonton raja lawak 6 yang hanya hosnya sahaja lawak.

liga professional Malaysia telah bermula sejak tahun 1994.Kalau ikut umur,liga professional Malaysia boleh dikatakan sama umur dengan adik-adik yang baru selesai ambik SPM tahun lepas.Sementara adik-adik ini,selama 17 tahun lahirnya ke muka bumi,telah diisi dengan berbagai-bagai ilmu alam baik dari segi sains,ilmu mantik,ilmu hidup dan sebagainya,adakah liga super,satu ketika dahulu namanya liga m turut sama berkembang dalam masa 17 tahun ini?

Belumpun masuk sebulan bermulanya Liga Super,telah banyak kontovesi-kontrovesi yang pelik untuk kita dengar timbul dalam mana-mana liga professional yang lain.Bermula dengan isu pemain import,perlanjutan tarikh pendaftaran import,ada negeri nak ugut-ugut tarik diri,mutu pengadilan yang sangat-sangat teruk dan bermacam masalah lain.

Terbaru,isu pergaduhan penyokong Jang dan pemain Felda United,hardi jaafar dan Hamsani Ahmad.



Dan sikap tidak professional V Thriumugan,pemain Kedah terhadap import Kelantan,Mat Ghaddar,



liga-liga luar negara seprti EPL pun boleh berlaku perkara ini kerana pemain apabila bermainan di bawah tekanan emosi,mereka akan bertindak melulu tanpa berfikir,TETAPI,di luar negara,pengadil peka dengan situasi-situasi seperti ini dan bijak mengawal perlawanan serta membuat keputusan tepat untuk mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.Pemain juga harus professional,bla-bla-bla cilake dah macam karangan BM SPM.Penonton?penonton kita sebenarnya mengata indong paku serpih,mengata orang dia pun sama.mentaliti bangang samseng masih ada.Macam mana nak buat tempat penonyon tanpa pagar macam kat EPL kalau macamni woi??

Jadi,(ah barbie,ayat BM lagi) dimana tahap professionalisme liga super ni???jawapannya,tepuk amai-amai tanya sama kupu-kupu.ok yang last ni tak lawak.pikir la.malas aku nak tulis da.gong xi fa cai.selamat bercuti

gambar sekadar hiasan,tiada kene mengena langsung dengan sebarang isi cerita

Thursday, January 12, 2012

Mari kita lihat sejauh mana FAM punye pawer?

Bila Menteri Besar ganu ,Ahmad Said sudah main ugut-ugut tarik diri dari liga super,mari kita saksikan apa keputusan FAM.Nampak marah betul Mat Said dengan FAM kali ini.Pawer tak pawer Mat Said ni bila dia ugut nak keluar liga super.Hebat betul tu,keluar liga super,ini betul punye rebel.Kalau ganu keluar liga super,apa jadi dengan Ashaari,joseph kalang,hadi yahya semua tuh???jawapannya semua jadi kaya la dapat duit pampasan.kaya betul PBNST ni yek?

Peraturan tetap peraturan dan dalam hal ganu ni,boleh diklasifikasikan sebagai salah maklumat.kesilapan dalam memahami surat FAM.PBSNT berpendapat mereka masih boleh mendaftarkan pemain import sehingga tarikh akhir 9 Januari 2012, berpandukan perkara 4.2.2 yang menyebut dengan jelas bahawa senarai pemain-pemain asing yang hendak didaftarkan untuk beraksi dalam Liga M 2012 hendaklah dikemuka kepada FAM sebelum atau pada 12 tgh hari Jumaat, 6 Januari bagi Kelantan, dan sebelum atau pada 12 tgh hari Isnin 9 Januari bagi Terengganu. TETAPI, cuba perhati betul-betul di dalam Perkara 4.2.2 yang sama, baris terakhir ada menyebut DENGAN MEMATUHI PERKARA 1 & 2 DI ATAS.

Ini bermakna Che Mat Jusoh hanya membaca 4.2.2, tetapi mengabaikan Perkara 1 dan 2, yang mana dengan jelas menyebut pemain import yang hendak didaftarkan haruslah datangnya dari senarai pemain yang didaftarkan sebelum atau pada 8 Disember 2011, DAN hanya berada dalam senarai 26 pemain import yang diluluskan pada 22 Disember 2011. Ada jelas sapa yang bebal dalam hal ni?KAFA boleh je paham.diorang makan nasi dagang jugek.

Cuma,yang menjadi masalahnya FAM ni terlalu bangsat.macamane player import Selangor,Ramez Dayoub boleh lepas?Sedangkan mengikut peraturan AWAL FAM,secara totalnye Ramez Dayoub ni tidak layak beraksi di Malaysia.Dia main liga Myanmar - maknanya liga Asean,cooling period dua tahun dah totally failed.DAn dia pemain Lubnan.Mengikut syarat awal,ranking yang dikira berdasarkan ranking pada 24 ogos 2011,yang mana pada ketika itu Lubnan punye ranking bawah dari Malaysia.Tapi,jawatankuasa FAM telah ubah tarikh rujukan ranking itu kepada ranking FIFA pada 24 November,yang mana Lubnan telah berada lebih atas dari Malaysia.

CUMA YANG MENJADI LUCU BIN BANGSATNYE APABILA SURAT PEKELILING TENTANG PINDAAN TARIKH RUJUKAN RANKING INI DIKELUARKAN SELEPAS 8 DISEMBER(TARIKH TUTUP PENDAFTARAN).APA BANGANG SURAT PEKELILING KELUAR LEPAS TARIKH TUTUP NI?DISINI TIMBUL PERSOALAN DAN TERBUKTI JELAS,ORANG BANGANG PUN NAMPAK YANG FAM TELAH MEMBANTU SELANGOR.


kerje siapa?aku taknak cakap tapi kita semua mungkin boleh agak sendiri.siapa lagi kalau bukan...ok tak mau fitnah.tapi siapa lagi kan?

gambar dibawah sekadar hiasan


Jangan tanya pasal Ghaddar,sapa tanya aku lempang.Ghaddar tidak perlu dikira berdasarkan ranking negara kerana dia telah mematuhi syarat pertama iaitu pemain dari liga AFC perlulah bermain dalam liga 1 di negara tersebut-check.Dayoub apa jadah ni peraturan first dah tak lepas(cooling period),peraturan second....FAM bangsat tolong.

Petang esok mesyuarat Jawatankuasa pertandingan akan diadakan bagi membincangkan semua masalah import ni.Gua harap FAM tak berlembut hati.Professionalisme(betul ke sial aku eja?) dan integriti perlu ditunjukkan oleh FAM,badan yang busuknya telah banyak,masa nilah nak kasi wangi sikit walaupun bagi penyokong peteh,yang mungkin kurang paham,FAM sekarang ni nampak sangat busuk.

Mari kita lihat esok sejauh mana FAM punye pawer...

notakaki : Dulu masa Che Mat Jusoh duk dalam FAM. banyak keputusan yang dilakukan beliau dan jawatankuasa Pertandingan tempatan tidak berpihak kepada Kelantan dan beberapa pasukan lain. Antara yang masih terkesan di hati penyokong TRW ialah senyuman sinis Che Mat ketika mengumumkan Sathia digantung enam bulan atas kes sebelum itu.. biar dpt kritikan Che Mat tetap wat donno.sekarang baru rasa kene ngan FAM guane.kahkahkahkah.

Campur tangan MB dalam hal ini sedang dipantau FIFA dan jika terbukti ada campur tangan kerajaan,berat nanang la ganu yang boleh dikenakan tindakan gantung 3 tahu dari sebarang aktiviti bola sepak.sekiang.

Thursday, December 29, 2011

Review : buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia




Bungkusan buku ini gua bukak dengan rakus sekali.Tak sabar betul gua nak baca buku kontrobesi dari Lucius Maximus,penulis yang sememangnya berilmu dalam bidang-bidang mengulas bola sepak ni.Tapi...Baran jugak gua bila tengok buku tu dengan kertas paperback.

"Cilake,bayar RM20 kasi la kertas lawa sikit,ni lah melayu,meniaga nak untung jek".Bisik hati gua lalu terus gua letak atas meja dulu.Baran punye pasal.

Selang beberapa hari kemudian,lepas baca beberapa tweet lucu dari pipiyapong(CEO DUBOOK,sekarang denga cerita dah kuar),gua mula sejuk sikit.Pikir punye pikir,Pipi ni mesti nak pakai Evo jugak.Tu yang dia letak harga mahal sikit,yang penting isi tu.Isi tu penting.Tapi sekarang Pipi pun da kuar Dubook,gua pun tak tahu kenapa.Gila kot?

Selak la muka depan,intro Torpedo Lipis Pipi yang nak kata merapu pun ye,banyak angan-angan pun ye.Tapi lepas mencerna dua tiga jam,gua dapat tangkap Pipi punya maksud.DALAM BETUL.Lepastu mula la cerita setiap kelayakan Piala Dunia.Nak tau belilah kat Dubook.blogspot.Baca sendiri.Tak rugi,fakta dalam buku ni boleh buat modal ngorat awek.Silap-silap sekali bapak mertua kagum taw?Masa nak merisik tu bukak la cerita Hard Rock Trio sikit,konfem terus terima punyalah.

Buat Ultras,gua tau korang baran sikit ngan Sokernet dan semua penulis dia,tapi,baran tak baran,bacalah buku ini untuk jadi semakin bijak.Jangan dok pompang-pompang kang orang tanya sejarah Banglo Seri Berkat terkulat-kulat nak menjawabnya.Ok,banglo tu tak penting tapi ni sejarah bola sepak Malaysia.Sejarah macam ni jangan kita nak tutup-tutup ye Ultras,tutup-tutup ni keje Umno jek.

Tak lama lagi denga cerita buku ni nak masuk kedai-kedai buku.Tapi bahasa akan ditukar ke bahasa 'kedai'.Gua nasihatkan korang dapatkan versi indie.Kalau yang dah ditukar bahasa kedai tu,gua rasa mesti sedikit gay penulisannya dan tak feel.indie ke mainstream?bayangkan dari Butterfingers ke Super Junior la.Macamtu la beza dia nanti.

Beli buku ni kat sini.Buku macamni lah kita kena support.
http://dubook.blogspot.com/

Fam ni ada bijak jugak.

Kecoh betul dalam seminggu dua ni cerita persatuan-persatuan bola sepak negeri yang mengomel,ye mengomel pasal awang import diorang tak diluluskan oleh FAM.Adakah FAM berperangai bangsat seperti biasa???Dalam hal ini,FAM buat julung-julung kali nya bertindak bijak.Yeah,tahniah FAM,anda berjaya mengurangkan level bangsat.Yang bangang dalam hal ini ialah persatuan-persatuan negeri yang player import mereka tidak diluluskan FAM.

Reti kan baca peraturan?kalau ikut peraturan import tu takdenye FAM tu nak memandai gagalkan player import yang dibawa masuk walaupun sekecil-kecil adik tadika pun sedia maklum yang FAM tu memang cilake.Secilake-cilake FAM,dalam hal ni,lagi cilake persatuan bola sepak yang tak tahu baca peraturan.Gua backup FAM sekarang.

Kalau FAM luluskan pemain import yang tak menepati syarat ni,apa akan jadi dengan mutu LIGA SUPER PAWER kita tahun depan?takkan nak tengok Amar Rohidan main jauh lagi pawer dari player import kot?Pikir,ada otak pikir.

Tapi dalam bijak,nampak jugaklah bangsat nye,tulah.What u expect from FAM kan?sekarang penyokong negeri-negeri yang import digagalkan ni mula bising kata Singapura punya team boleh pulak langgar syarat(syarat hanya under 23 je main).Yang itu korang kena tanya Hamiddin ke,Azzudin ke.Nak senang pergi tanya Sultan Bola terus.Mana yang betul kita puji,mana yang salah kita bangangkan ye dak?

Akhir kata,Majulah liga super dengan player import ketak-ketak untuk negara.

Poster gua jumpa dalam facebook.2012 FAM berakhir?siapa nak tawan ni?

Sunday, November 27, 2011

Kalah itu biasa.

Kalah itu biasa untuk generasi-generasi yang menyokong bola sepak Malaysia sebelum nama Apek naik dan sebelum sea games 2009.Zaman-zaman Fadzli Shaari and the geng dulu kalah itu dah menjadi rutin untuk tim Malaysia.Jadi,kalah kepada Bahrain 3-2 lepas leading 2-0 itu perkara biasa.Jangan lah emo sangat abang-abang ni.

First half memang main macam lembu kene cucuk hidung sorang-sorang.Laju nok mapuh.Agaknya deme lupe main bola ni 90 minit bukan 45 minit ye dak?Masuk second half mulalah menopous.Itu perkara rutin.

Kalau nak cerita lemah aspek mental tu kita bincang sampai Lisa Surihani bercicit pun tak habis ye dak?Ini masalah wajib atlet Malaysia.Tak percaya tanya Datuk Lee Chong Wei,dia lebih arif hal-hal macam ni.

Senang cerite kita lupakan Olimpik-olimpik ni.Apa barang layak Olimpik?kita menang sukan sea emas la wei.Piala Dunia,Olimpik,Asia Cup semua tu kita tak perlu nak layan sangat.Buat rilek je.Gua tengok budak-budak Ultras buat rilek je sorak-sorak kalah menang.Yang penting menang Suzuki CUp ngan sukan sea ye dak?

Slovakia tu tak cukup bagus la tu.Pergi hantar dekat tempat lagi mahal la.Slovakia juta-juta pun dapat menang sea je.Try keluar bajet billion-billion hantar gi England ke,boleh menang tu Olimpik 2012 eh,2016.

Janganlah serius sangat malam ni,kalah itu biasa.Kalau taknak kalah pergi tengok skuasy la abe.

psst : Nazmi Faiz je yang tak main macam player Malaysia.pawer betul budak ni.

Thursday, November 24, 2011

Malaysia menang tapi Fakri tetap bangang?

Tahniah kepada skuad Harimau Muda yang memenangi pingat emas sukan sea yang pada mata peminat bola sepak rantau asean sudah hampir setaraf Olimpik mungkin?Gua malas sembang lebih nak baca pujian pergi beli Metro seminggu ni konfem penuh berita player harimau muda sekali dengan awek,mak,bapak,orang kampung ditemuramah.

Apa yang lebih menarik untuk kita perhati adakah skuad ini akan hanya gah dalam rantau asean yang gua berani cakap taraf bola sepaknya memang bahalol.?harap-harap skuad ni akan terus meningkat.Menang sukan sea?apadehal?dua tahun lepas dah menang tapi apa peningkatan kita?Tapi gua memang minat adik Nazmi Faiz tuh.tak ambik SPM ke dik?

Last tapi paling penting,gua harap adalah solitari anak_anak muda pencinta bola sepak pergi buat demo anti Fakri.Apa bomoh dia pakai?bangang-bangang kat sukan sea dapat main lagi tu Olimpik lawan Syria?Cilake


Lejen yang akan kite cerite kepada anak cucu,Superngang