Pages

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Profesionalisme taik kucing busuk berwarna hijau - liga super.



Hujung minggu ni banyak aksi-aksi panas dalam kancah liga super,liga yang penuh dengan aksi-aksi komedi.Liga yang anda boleh melihat pemain-pemainnya membuat clearance liar walaupun tanpa pressure,hantaran membabi buta,bermain long pass berkali-kali walaupun itu kerje sia-sia,ditambah dengan ulasan pengulas yang 'umpama mat pet sedang high', pendek kata,liga yang lagi lawak dari menonton raja lawak 6 yang hanya hosnya sahaja lawak.

liga professional Malaysia telah bermula sejak tahun 1994.Kalau ikut umur,liga professional Malaysia boleh dikatakan sama umur dengan adik-adik yang baru selesai ambik SPM tahun lepas.Sementara adik-adik ini,selama 17 tahun lahirnya ke muka bumi,telah diisi dengan berbagai-bagai ilmu alam baik dari segi sains,ilmu mantik,ilmu hidup dan sebagainya,adakah liga super,satu ketika dahulu namanya liga m turut sama berkembang dalam masa 17 tahun ini?

Belumpun masuk sebulan bermulanya Liga Super,telah banyak kontovesi-kontrovesi yang pelik untuk kita dengar timbul dalam mana-mana liga professional yang lain.Bermula dengan isu pemain import,perlanjutan tarikh pendaftaran import,ada negeri nak ugut-ugut tarik diri,mutu pengadilan yang sangat-sangat teruk dan bermacam masalah lain.

Terbaru,isu pergaduhan penyokong Jang dan pemain Felda United,hardi jaafar dan Hamsani Ahmad.



Dan sikap tidak professional V Thriumugan,pemain Kedah terhadap import Kelantan,Mat Ghaddar,



liga-liga luar negara seprti EPL pun boleh berlaku perkara ini kerana pemain apabila bermainan di bawah tekanan emosi,mereka akan bertindak melulu tanpa berfikir,TETAPI,di luar negara,pengadil peka dengan situasi-situasi seperti ini dan bijak mengawal perlawanan serta membuat keputusan tepat untuk mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.Pemain juga harus professional,bla-bla-bla cilake dah macam karangan BM SPM.Penonton?penonton kita sebenarnya mengata indong paku serpih,mengata orang dia pun sama.mentaliti bangang samseng masih ada.Macam mana nak buat tempat penonyon tanpa pagar macam kat EPL kalau macamni woi??

Jadi,(ah barbie,ayat BM lagi) dimana tahap professionalisme liga super ni???jawapannya,tepuk amai-amai tanya sama kupu-kupu.ok yang last ni tak lawak.pikir la.malas aku nak tulis da.gong xi fa cai.selamat bercuti

gambar sekadar hiasan,tiada kene mengena langsung dengan sebarang isi cerita

Thursday, December 29, 2011

Review : buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia




Bungkusan buku ini gua bukak dengan rakus sekali.Tak sabar betul gua nak baca buku kontrobesi dari Lucius Maximus,penulis yang sememangnya berilmu dalam bidang-bidang mengulas bola sepak ni.Tapi...Baran jugak gua bila tengok buku tu dengan kertas paperback.

"Cilake,bayar RM20 kasi la kertas lawa sikit,ni lah melayu,meniaga nak untung jek".Bisik hati gua lalu terus gua letak atas meja dulu.Baran punye pasal.

Selang beberapa hari kemudian,lepas baca beberapa tweet lucu dari pipiyapong(CEO DUBOOK,sekarang denga cerita dah kuar),gua mula sejuk sikit.Pikir punye pikir,Pipi ni mesti nak pakai Evo jugak.Tu yang dia letak harga mahal sikit,yang penting isi tu.Isi tu penting.Tapi sekarang Pipi pun da kuar Dubook,gua pun tak tahu kenapa.Gila kot?

Selak la muka depan,intro Torpedo Lipis Pipi yang nak kata merapu pun ye,banyak angan-angan pun ye.Tapi lepas mencerna dua tiga jam,gua dapat tangkap Pipi punya maksud.DALAM BETUL.Lepastu mula la cerita setiap kelayakan Piala Dunia.Nak tau belilah kat Dubook.blogspot.Baca sendiri.Tak rugi,fakta dalam buku ni boleh buat modal ngorat awek.Silap-silap sekali bapak mertua kagum taw?Masa nak merisik tu bukak la cerita Hard Rock Trio sikit,konfem terus terima punyalah.

Buat Ultras,gua tau korang baran sikit ngan Sokernet dan semua penulis dia,tapi,baran tak baran,bacalah buku ini untuk jadi semakin bijak.Jangan dok pompang-pompang kang orang tanya sejarah Banglo Seri Berkat terkulat-kulat nak menjawabnya.Ok,banglo tu tak penting tapi ni sejarah bola sepak Malaysia.Sejarah macam ni jangan kita nak tutup-tutup ye Ultras,tutup-tutup ni keje Umno jek.

Tak lama lagi denga cerita buku ni nak masuk kedai-kedai buku.Tapi bahasa akan ditukar ke bahasa 'kedai'.Gua nasihatkan korang dapatkan versi indie.Kalau yang dah ditukar bahasa kedai tu,gua rasa mesti sedikit gay penulisannya dan tak feel.indie ke mainstream?bayangkan dari Butterfingers ke Super Junior la.Macamtu la beza dia nanti.

Beli buku ni kat sini.Buku macamni lah kita kena support.
http://dubook.blogspot.com/

Thursday, June 23, 2011

Malaysia di dada mat saleh.

.

Jersi baru Cardiff city,kelab kepunyaan Datuk Chan Tien Ghee secara rasminya menjadi medan mempromosi negara Malaysia."Kok muka mat salleh,di dadanya Malaysia.?" Tanya seorang buruh kasar indong,Ruzmiki yang kedengkian.



"Alaa,bisanya Cardiff itu hanya kelab picisan" kata Munadero Sontorjo sebelum dia melihat ini pula...



Genting taja away jersi Aston Villa.AWAS,Jersi ini haram.ahaha.

Friday, April 1, 2011

Sepintas bola sepak dunia.

.

Derby Milan.



Hujung season 2009/2010,Leonardo telah dipecat oleh Ac Milan.Terkontang-kanting beliau tanpa arah tujuan sehinggalah Pak Rafael Ben membawa badi Loserpool ke dalam kem Internazionale.Lalu,Rafa Jendul telah dipecat tanpa bantahan.Leonardo telah dilantik sebagai pengurus baru....and so on..Dalam sekelip mata,Sang juara yang kelihatan serba bangang dia awal musim ini bangkit dari ketinggalan 13 mata.Kini,mereka ditangga kedua dan hanya dipisahkan 2 mata.2 mata lagi untuk menghapuskan dosa Rafa Jendul.Pemain Milan yang perlu diberi perhatian adalah Alexander Pato.Pemain muda ini boleh mengubah perlawanan dan pastinya harapan utama untuk mencari gol tanpa Ibrahimovic yang disuspended.Untuk Inter,tiada pemain secermelang Samuel Eto'o pada musim ini.Dalam kebangangan era si jendul,beliau antara pemain yang masih mengekalkan prestasi di tahap terbaik.Weisley Sneijder di tahap terbaik dan kembali mempamerkan kemahirannya menguasai kawasan tengah dan mengatur gerakan(sial.aku bias sebab fav player aku Sneijder),akan diuji oleh Mark Van Bommel.Rafa Jendul akan bersorak riang jika Inter menang sekaligus mendahului liga.Dosa si jendul akan terhapus.Derby ini wajib tengok.

Hodgson



Hodgson akan berdepan Yunewa hujung minggu ini.Masih menjadi perbincangan,GAGALKAH DIA DI ANFIELD?.Penyokong Yunewa terlalu mendesak dan sering menyalahkan Hodgson.Nama king Kenny sering disebut sejak awal kemunculan Hodgson,dan jelas,dia bekerja di bawah tekanan dan bayangan KIng Kenny.King Kenny yang secara zahirnya menyatakan keinginan untuk kembali menjadi pengurus Loserpool ketika itu menguatkan lagi tekanan dalaman dan luaran untuk Hodgson.Diharap Liverpool tidak kalah ditangan Hodgson.Jika tidak.seseorang akan tersenyum malam esok dan dia adalah ROY HODGSON.

David De Gea,United,dan transfer...



David De Gea keeper jambu Atletico dikatakan akan mengada-ngada kan perbincangan dengan United.Pak Alex juga dengan lantang mengatakan akan membeli 2-3 orang pemain baru setelah otak nyanyuknye menyedari bahawa skuad United kini memang tak best.Tapi,pembbelian tersebut mungkin akan menjurus kepada membeli pucuk-pucuk muda daripada yang telah berkembang mekar.

Short news

-Ronaldo dan Abg karim tidak akan bermain lawan Spurs pada CL first leq quater final

-Neymar taknak masuk chelsea pulak.

-Van persie dah sembuh

-Misbun Sidek masuk BAM balik.

Wednesday, March 2, 2011

EPL MASTERS FOOTBALL MALAYSIA CUP 2011!

.

13 Mac2011 akan berlangsungnya satu lagi edisi Master FOotball.Tim yang ambik bahagian,EPL all stars,Manchester United,LIverpool dan Malaysian Masters.

Some of the Star players that we are looking to have at the tournament this year include some of the real greats, such as Dwight Yorke, Andy Cole, Jaap Stam and Ronnie Jonhsen from Manchester United; Ian Rush, Steve McManaman, Robbie Fowler and Patrick Berger from Liverpool and for the EPL All Stars, players such as Gianfranco Zola, Paolo Di Canio and David Seaman.

sumber:http://mastersfootballasia.com/master_football.html

beli katwww.fatdeal.com.my

Sapa nak aku beli pm aku.tiket online beli rm33(murah kan?).Mesti tengok punya ni.!

Tuesday, February 8, 2011

How to be an ex BIG 4 fan for DUMMIES?


Ini tips2 berguna untuk panduan sape-sape yang baru berjinak dengan bola sepak atau yang dah lama bolehla check kalau anda ada ciri-ciri ni..



1)Manchester United

1)Kena pandai lawan cakap fan lain.sebab Manyoo paling ramai orang benci.
2)Kenali Giggs.
3)Stand behind Pak Alex
4)Always trust Babahtov.
5)Lambang MU tu bkn setan.kelawar.(ayat cover untuk boleh dipakai)
6)Jangan jadi bodoh.BECKHAM maen MU?(awek-awek bajet terrer bola selalu cakap)

Liverpool

1)Juara LIGA INGGERIS 18 kali.Fakta utama.WAJIB ingat
2)Champions league 5 kali.
3)Sayangkan pemain anda sangat-sangat.
4)Bakar jersi pemain itu bila beliau pindah
5)Yunewa.
6)Perlu ada satu perasaan hepi terlampau bila menang ngan MU,Chelsea atau Arsenal.

Chelsea

1)mesti budak-budak baru akil baligh(chelsea baru naik.pakcik2 ta ramai sokong pon)
2)Taste dengan striker mahal macam chenko dan torres
3)CINTAKAN negro.
4)JonTerry kapitan terunggul.
5)Owner kaya suka bazir duit beli SAMPAH

Arsenal

1)kami masih kanak-kanak
2)kami baru baligh
3)kami baru masuk alam remaja
4)Invisible record
5)Invisible record
6)Invisible record
7)Invisible record
8)Invisible record

kalau cukup sifat diatas.tahniah.anda memang DIE HARD FAN.