Pages

Showing posts with label ArsenalLondon. Show all posts
Showing posts with label ArsenalLondon. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Emirates Cup,edisi sengsara!!!

Arsenal turun dengan misi baru,harapan baru musim ni dan kali pertama gua tengok Arsenal punya logo baru,gua nampak,inilah masanya untuk anak-anak muda ini akil baligh.



Tapi itu cerita sebelum semalam.

Kali ni,fans Arsenal,fans Wenger yang setia dah hilang sabar.6 Tahun punya dendam memang tak boleh simpan lagi.

Arsenal were booed by their own fans after letting another lead slip to surrender the Emirates Cup to New York Red Bulls.The response of the 60,000 inside the Emirates Stadium did not bode well for the new season, with the Gunners doing nothing to prove they had cured the frailties which caused their supporters so much suffering last term-soccernet.


Emirates cup adalah piala plastik yang tak ada apa-apa value tetapi untuk penyokong Arsenal yang kecewa,selama ni kalu kena bahan tropiless sekalipun mereka masih boleh jawab "kitorang ada emirates cup" tetapi tidak untuk tahun ni.

Wenger kena ready kerja baru.Ini serius

Dalam perlawanan tersebut,peminat arsenal lebih ceria menyaksikan Thiery Henry beraksi dan bersorak untuk bekas wira kebanggaan mereka setiap kali dia menyentuh bola.

Wednesday, July 13, 2011

Malaysia vs Arsenal:A rubbish petang-petang game



Takde sebab untuk memboikot perlawanan Malaysia lawan 3 kelab EPL.Yela,rakyat Malaysia nak tengok jugak Arsenal,chelsea,Liverpool main kan?

Tapi buruk la Malaysia main.Aku konfem ni bukan permainan sebenar Malaysia.Player macam bagi ruang untuk player Arsenal bergerak.OK,player taknak injured.Dah taknak injured apasal main???Sedar ke tak kat dada diorang ada bendera Malaysia?Ke Safiq Rahim,Matyo,Amirulhadi semua tu pun sambil main,dalam hati duk tengah teruja tengok player Arsenal?Pastu bila dekat ngan penalty box je,sekor2 perasan nak jadi Amri Yahyah baru.wakaaka.

Aku tengok live streaming dan sangat memalukan bila commentator bagi komen

"Malaysia's defensive line looks so weak as we can sneak into their penalty box everytime"

NI AKU TENGOK KAT ARSENAL PLAYER.com

1 gol untuk Proevent,1 gol untuk FAM,1 gol untuk rakyat MALAYSIA BERBAJU MERAH(mungkin mereka lahir di LONDON,bersangka baik),1 gol untuk linesman yang tak nampak bola Arshavin da keluar garisan,mungkin dia pun ta sabar na balik cerita kat orang kampung dia,dia dapat jadi linesmen game tu.

Harap-harap lawan Liverpool ngan chelsea nanti melawan la sikit.Jangan jinak je.Tapi tak boleh salahkan player jugak DIORANG KAN MAIN AWAY GAME,MEREKA ADA HATI DAN PERASAAN JUGAK BILA TENGOK PENYOKONG PUN TAKDE.“If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag” – Mokhtar Dahari

Patutla Ultras Malaya ta join game petang-petang nih.wakakaka

Wednesday, June 29, 2011

cerekaramarama-Fabregasku atau fabregasmu

.

sinopsis

mengisahkan seorang pemuda,Fabregas yang merantau jauh dari keluarga kandungnya,Uncle Barca setelah dianaktirikan oleh keluarga kandungnya sendiri.Jauh dia berjalan,dia tiba di kota London,kota kemewahan.Di sana,dia berjumpa dengan Uncle Arsenal yang telah menjemputnya datang ke London.Uncle Arsenal mendidik Fabregas dengan penuh kasih sayang.Masa berlalu,Uncle Arsenal memberi kepercayaan kepada Fabregas untuk mengemudi syarikatnya di usia yang muda.Hari demi hari,nama Fabregas kian mahsyur.Kemahsyuran Fabregas sampai ketelinga keluarga kandungnya,Uncle Barca.Uncle Barca ingin kembali mendapatkan anak kandung mereka.Uncle Arsenal sangat keberatan kerana setelah dididik menjadi seorang bintang,Uncle Barca menyibuk apakebangangnya kan?tetapi,talian darah yang mengalir dalam tubuh Fabregas tetap dari keluarga Uncle Barca.Fabregas kini serba salah.Hari menjadi semakin rumit.....

Apakah kesudahan ceerita ini?tontonnya dengan mata anda pada setiap hari di berita-berita,akhbar-akhbar dan internet.

Watak-watak

Fabregas


uncle arsenal


Uncle barca


awek Fabregas

Monday, May 2, 2011

Sapa kata Gunners budak???

.

Abang Long Owen-32 tahun



Abang ngah Babahtov-30 tahun



Abang chik Rooney-26 tahun



Abang cu chicarito-23 tahun



plus,minus,times and divide = 0

Adik-adik Ramsey-21 tahun,skuad olimpik Wales



equal toooo 1

Friday, April 29, 2011

Antara pengalaman dan semangat

.



Arsenal bakal menentang Manchester United pada kemuncak perebutan liga.Perlawanan ni memang anti klimaks awal bila Gunners keciciran beberapa mata pada beberapa perlawanan lepas dan dipintas Chelsea.

Satu ketika,pemain Gunners kelihatan yakin untuk memberi saingan dalam perebutan gelaran tahun ini.Namun hanya omongan dalam mimpi apabila mereka kerap mencicirkan mata demi mata menjelang penghujung saingan liga.Dan,maharaja sanjungan fan Gunners juga seakan menyerah awal apabila mengeluarkan statement patah hati 'kegagalan tahun ini berpunca dari dia sendiri,bukan pemain'.Wenger akhirnya mengakui kebodohon dan kebebalan mengharapkan barisan pemain muda yang tidak matang dalam mengahadapi saingan liga yang kejam,penuh penipuan dan menggerunkan untuk anak-anak muda tidak berdosa tersebut..lebih-lebih lagi,Jack Wilshere.

Kali terakhir Arsenal menang pada saingan liga adalah pada 23 Februari cukup menggambarkan tahap prestasi Gunners ketika ini.Dengan United di tahap terbaik selepas mengalahkan Schalke,mereka adalah pilihan untuk menang pada perlawanan malam esok.Thomas Vermalean dijagka akan diturunkan jika cukup cergas dan itu pastinya memberi sedikit kegembiraan kepada Pak Wenger.

United mungkin akan merehatkan beberapa pemain utama untuk kempen champions league yang jauh lagi penting dari menentang kelab tangga ke 3.90 minit esok menjadi penentu hala tuju Arsenal dalam memulihkan maruah dan moral pemain serta untuk United,mengekalkan rentak cemerlang setakat ini juga untuk masa depan Fabregas.

Sunday, April 3, 2011

Sepintas bola sepak dunia.

.

Aku review game yang aku tengok sepanjang weekend

Kelantan lawan Harimau Muda
Bukan salah aku tanak tengok game lain liga Malaysia.Tapi ini je satu-satunye perlawanan yang live kat Malaysia hasil kapitalisme Astro dan kebongokkan RTM.K Soley dan Chanturu menjaringkan gol untuk memberi kemenangan kepada Warriors.Gol Harimau pucuk muda dijaringkan Irfan Fazail.Dua gol Kelantan hasil kesilapan Defender Harimau Muda.Kehilangan Muslim Ahmad memang dirasai.Perlawanan yang bagus untuk anak buah Mr Ong bersiap bagi kelayakan olimpik seterusnya menentang Lubnan.



Manchester United vs West Ham

Rudeboy rooney hatrik dah cecah 100 gol epl.Tapi tanpa Babah di second half,siapalah beliau terkapai-kapai?.Dengan United dipenaltikan pada first half,Babah dan Chicarito masuk untuk menukar rentak permainan.Pemain terbangang perlawanan,mengejutkan,Kapitan Vida.mungkin ada masalah keluarga atau jiwa kacau kerana persembahan Kapitan Vida memang sangat busuk.Apepun,sekali lagi persembahan yang menggambarkan ciri-ciri sang juara untuk menidakkan golongan2 ABU dan pencacai Wenger bersorak riang.



West Brom vs Liverpool

Roy Hodgson mampu tersenyum lebar dan membeli semua surat khabar yang ada pada hujung minggu apabila The Kop tewas kepada pasukan bimbingannya,Agger dan Johnson Baby injured dalam perlawanan tersebut.Skrtel menjaringkan gol pendahuluan sebelum dua penalti Chris Brunt mengubah situasi untuk pemain-pemain Kop daripada boleh berparti mencari awek hot selepas match kepada menangis meratap SATU lagi kekalahan,Roy Hodgson dikhabarkan tidak habis-habis memutarkan lagu shahir,'Kebahagiaan dalam Perpisahan' selepas perlawanan.



Arsenal vs Blackburn

10 orang secara matematiknya mudah untuk diratah.Tetapi bagi anak buah Wenger,Paul Robinson,lejen England memang sangat sukar untuk ditewaskan.Apa bomoh dia pakai.Sementera itu,Almunia tampak gurau kasar dengan beberapa aksi bodoh.Sekali lagi,maen cantik menang tanpa menang.'Harapan kecewa' dendangan Ahmad Jais dilaporkan lagu kegemaran fan Boboi ketika ini.Rak trofi akan terus berhabuk.



Real Madrid vs Sporting Gijon

Berakhirnya sebuah cerita.150 home game tanpa kalah hanya tinggal kenangan.Dengan Lassana Diara,Sami Khedira dan Mesut Oezil sahaja yang bermain umpama pemain Real Madrid,Real memang layak untuk kalah.Adebayour sangat mengecewakan sambil si lembik Maria beberapa kali melakukan diving yang langsung tak real,umpama lakonan pelakon kayu jahanam.Ketiadaan Ronaldo sangat dirasai.Corak permainan begini akan menjahanamkan Real apabila mereka berdepan Spurs dalam saingan CL pertengahan minggu ini.Apapun,special one memang special apabila diberitakan telah mengucapkan tahniah kepada setiap pemain Gijon di bilik persalinan setelah habis game.That is how a pro react right?



Inter Milan vs Ac Milan

Sejara jujur,aku peminat Inter.Dan ianya sangat nigthmare melihat bola di awal pagi melawan mata yang mengantuk hanya untuk menyaksikan Inter Milan dirobek tanpa belas kasihan.Persembahan bertenaga daripada Seedorf dan sememangnya layak untuk MOTM.Pato,seperti jangkaan,akan menyerlah tanpa Ibra dan Abbiati memang kepeer bertaraf dunia.Sememangnya perlawanan yang menonjolkan si Beauty and the beast.Pemain Inter terlalu bodoh untuk emosi semasa perlawanan.Mereka seharusnya belajar untuk berjuang sehingga ke wisel penamat.Segala-galanya telah tamat sejak Chivu dibuang padang dan pemain Inter seperti tidak ingin bermain lagi.Hopeless.



ABPBH

Zizan menang,Lisa menang,Sam bintang Paling Popular yang paling gila-gila pernah aku tengok.Lisa Surihani sangat cantik dan Usop Wilcha adalah bintang paling popular sebenar.ahaha



sejam tulis.sila like.

Saturday, March 19, 2011

EPL report!

.

Apa yang membezakan pasukan juara dengan pasukan biasa.?Pasukan juara akan berjuang sehingga wisel ditiup oleh kuli berbaju kontra di tengah padang.Dan minggu ini aku nampak sejelas-jelasnya sifat terpuji ini ada dalam pasukan Manchester Merah dan London Merah.

Manchester Uniten vs Boltong Waterboy
Manchester Merah menunjukkan sifat tidak mahu mengalah ketika pemain Bolton sudah tidak mahu main bola,sangap na pergi disko di malam hari.Pemain Bolton tidak menggunakan kelebihan seorang pemain selepas tackle manja Abe Evans disalah erti Balaci di tengah padang.Mereka bertahan untuk satu mata,mentaliti rendah,jiwa setinggan.Dan mek nani,walau muka nya setaraf pariah,menunjukkan apa itu semangat sebenar bola sepak dengan tembakannya menghasilkan bola muntah.Dilengkapkan dengan ketenangan BABAH menolak masuk bola bueekk,setenang air di hujung muara.Shrek juga sangat bagus dan bersemangat walaupun muka sudah kepink-pink an keletihan.

BABAH comel di bawah cahaya mentari


Arsenal kelab boboi vs Penyapu Barat
London Merah bangkit dari ketinggalan 2-0,menyamakan kedudukan 2-2.Andrei Arshavin memulakan revolusi kebangkitan boboi2 sedunia pada minit ke 70 dengan gol cantik.Robin Van Persie kemudian mudah menolak masuk gol kedua pada mini ke 78.Beza antara Arsenal dengan Man U minggu ini hanyalah 'luck'.Manchester Merah ada 'luck' untuk menang.London Merah,walaupun dengan serangan bertubi-tubi di saat akhir permainan,tidak dapat menembusi uncle goalie,Scott Carson.

One Arsene Wenger!


Perlawanan lain.

Tottenham 0 - 0 West Ham

Aston Villa 0 - 1 Wolves

Blackburn Rovers 2 - 2 Blackpool

Stoke City 4 - 0 Newcastle United(jual carrol lagi..sila jual nolan dan barton pulak)

Wigan Athletic 2 - 1 Birmingham