.
Arsenal bakal menentang Manchester United pada kemuncak perebutan liga.Perlawanan ni memang anti klimaks awal bila Gunners keciciran beberapa mata pada beberapa perlawanan lepas dan dipintas Chelsea.
Satu ketika,pemain Gunners kelihatan yakin untuk memberi saingan dalam perebutan gelaran tahun ini.Namun hanya omongan dalam mimpi apabila mereka kerap mencicirkan mata demi mata menjelang penghujung saingan liga.Dan,maharaja sanjungan fan Gunners juga seakan menyerah awal apabila mengeluarkan statement patah hati 'kegagalan tahun ini berpunca dari dia sendiri,bukan pemain'.Wenger akhirnya mengakui kebodohon dan kebebalan mengharapkan barisan pemain muda yang tidak matang dalam mengahadapi saingan liga yang kejam,penuh penipuan dan menggerunkan untuk anak-anak muda tidak berdosa tersebut..lebih-lebih lagi,Jack Wilshere.
Kali terakhir Arsenal menang pada saingan liga adalah pada 23 Februari cukup menggambarkan tahap prestasi Gunners ketika ini.Dengan United di tahap terbaik selepas mengalahkan Schalke,mereka adalah pilihan untuk menang pada perlawanan malam esok.Thomas Vermalean dijagka akan diturunkan jika cukup cergas dan itu pastinya memberi sedikit kegembiraan kepada Pak Wenger.
United mungkin akan merehatkan beberapa pemain utama untuk kempen champions league yang jauh lagi penting dari menentang kelab tangga ke 3.90 minit esok menjadi penentu hala tuju Arsenal dalam memulihkan maruah dan moral pemain serta untuk United,mengekalkan rentak cemerlang setakat ini juga untuk masa depan Fabregas.
No comments:
Post a Comment