Pages

Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Sepintas bola sepak dunia.

.

Aku review game yang aku tengok sepanjang weekend

Kelantan lawan Harimau Muda
Bukan salah aku tanak tengok game lain liga Malaysia.Tapi ini je satu-satunye perlawanan yang live kat Malaysia hasil kapitalisme Astro dan kebongokkan RTM.K Soley dan Chanturu menjaringkan gol untuk memberi kemenangan kepada Warriors.Gol Harimau pucuk muda dijaringkan Irfan Fazail.Dua gol Kelantan hasil kesilapan Defender Harimau Muda.Kehilangan Muslim Ahmad memang dirasai.Perlawanan yang bagus untuk anak buah Mr Ong bersiap bagi kelayakan olimpik seterusnya menentang Lubnan.



Manchester United vs West Ham

Rudeboy rooney hatrik dah cecah 100 gol epl.Tapi tanpa Babah di second half,siapalah beliau terkapai-kapai?.Dengan United dipenaltikan pada first half,Babah dan Chicarito masuk untuk menukar rentak permainan.Pemain terbangang perlawanan,mengejutkan,Kapitan Vida.mungkin ada masalah keluarga atau jiwa kacau kerana persembahan Kapitan Vida memang sangat busuk.Apepun,sekali lagi persembahan yang menggambarkan ciri-ciri sang juara untuk menidakkan golongan2 ABU dan pencacai Wenger bersorak riang.



West Brom vs Liverpool

Roy Hodgson mampu tersenyum lebar dan membeli semua surat khabar yang ada pada hujung minggu apabila The Kop tewas kepada pasukan bimbingannya,Agger dan Johnson Baby injured dalam perlawanan tersebut.Skrtel menjaringkan gol pendahuluan sebelum dua penalti Chris Brunt mengubah situasi untuk pemain-pemain Kop daripada boleh berparti mencari awek hot selepas match kepada menangis meratap SATU lagi kekalahan,Roy Hodgson dikhabarkan tidak habis-habis memutarkan lagu shahir,'Kebahagiaan dalam Perpisahan' selepas perlawanan.



Arsenal vs Blackburn

10 orang secara matematiknya mudah untuk diratah.Tetapi bagi anak buah Wenger,Paul Robinson,lejen England memang sangat sukar untuk ditewaskan.Apa bomoh dia pakai.Sementera itu,Almunia tampak gurau kasar dengan beberapa aksi bodoh.Sekali lagi,maen cantik menang tanpa menang.'Harapan kecewa' dendangan Ahmad Jais dilaporkan lagu kegemaran fan Boboi ketika ini.Rak trofi akan terus berhabuk.



Real Madrid vs Sporting Gijon

Berakhirnya sebuah cerita.150 home game tanpa kalah hanya tinggal kenangan.Dengan Lassana Diara,Sami Khedira dan Mesut Oezil sahaja yang bermain umpama pemain Real Madrid,Real memang layak untuk kalah.Adebayour sangat mengecewakan sambil si lembik Maria beberapa kali melakukan diving yang langsung tak real,umpama lakonan pelakon kayu jahanam.Ketiadaan Ronaldo sangat dirasai.Corak permainan begini akan menjahanamkan Real apabila mereka berdepan Spurs dalam saingan CL pertengahan minggu ini.Apapun,special one memang special apabila diberitakan telah mengucapkan tahniah kepada setiap pemain Gijon di bilik persalinan setelah habis game.That is how a pro react right?



Inter Milan vs Ac Milan

Sejara jujur,aku peminat Inter.Dan ianya sangat nigthmare melihat bola di awal pagi melawan mata yang mengantuk hanya untuk menyaksikan Inter Milan dirobek tanpa belas kasihan.Persembahan bertenaga daripada Seedorf dan sememangnya layak untuk MOTM.Pato,seperti jangkaan,akan menyerlah tanpa Ibra dan Abbiati memang kepeer bertaraf dunia.Sememangnya perlawanan yang menonjolkan si Beauty and the beast.Pemain Inter terlalu bodoh untuk emosi semasa perlawanan.Mereka seharusnya belajar untuk berjuang sehingga ke wisel penamat.Segala-galanya telah tamat sejak Chivu dibuang padang dan pemain Inter seperti tidak ingin bermain lagi.Hopeless.



ABPBH

Zizan menang,Lisa menang,Sam bintang Paling Popular yang paling gila-gila pernah aku tengok.Lisa Surihani sangat cantik dan Usop Wilcha adalah bintang paling popular sebenar.ahaha



sejam tulis.sila like.

Wednesday, March 9, 2011

Siaran tergendala....Malaysia seri.

.

Janji manismu..


Perlawanan Live Malaysia Pakistan GAGAL disiarkan oleh Asteruk Arena dan RTM atas sebab-sebab tertentu.

KREDIT TO:Sokernet.com


0-0 dan Pakistan menguasai permainan pada babak pertama.Aku cari streaming live dan apa yang aku jumpa kebanyakan stesen tv Pakistan siar kriket dan lihat keadaan padang sudah boleh diagak tahap bola sepak di negara ini.Hait doiii...Nak komen banyak pon aku bukan tengok match pon kan.Tahniah la Malaysia.Next round jumpa pasukan yang dapat bye.Get ready Young tigers!

opss:fakhri Saarani masih tumpul dulu,kini dan sampai bila?

Friday, February 25, 2011

Sang Kijang vs Sang Kenari

.
Gambar:Hazman Fadzil.com


Kelantan hanya kalah satu perlawanan musim lepas dan ianya di tangan Sang Kenari.Nasib baik Happy Warriors berjaya bangkit dari ketinggalan tadi untuk menyamakan kedudukan 1-1.Gol Kedah dijaringkan oleh Azlan Ismail manakala gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang sensasi,kemah molek,skillfull tetapi sedikit buncit,Mat YO.Mendengar komen tahap 'ngapo kokse' dari pengulas Astro Arena,nadi sukan Malaysia membuatkan sesiapa saja lebih rela menikmati bola dalam keadaan tv di'mute'.

Perlawanan tampak seimbang apabila kedua-dua pasukan melakukan serangan bertali arus.Kedua-dua pasukan berjaya menembak tepat sebanyak 6 kali ke arah pintu gol lawan.Kelantan yang dilabel pilihan untuk memenangi perlawanan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.Kedah pula tampak akan bangkit unutk musim ini selepas sebelum perlawanan,hanya menjaringkan satu gol,menerusi penalti dalam 4 perlawanan.

Seluruh kem Kedah harus berterima kasih dan memberi saguhati kepada kapitan Happy,Piya kerana mensia-sia kan peluang 'just tolak bola sudah masuk' sekaligus menebus kebebalan barisan defender Sang Kenari.Norshahrul Idlan Talaha melalui satu lagi perlawanan yang mana dia dikawal ketat dan gol dia memang 'celaka macam mana dia buat tu?'.SUPERB,Marvelleous.Juga,satu lagi persembahan bebal dengan rambut trojan tidak meyakinkan dari Ramzul.Aku rasa dia nih maybe gugup kot.Bagi lagi dua tiga game lagi kita tengok.Badrol Bakhtiar juga cemerlang dan masih lagi antara winger terbaik neagra.Rajagobal,sila ambik dia ni balik.

Kesimpulannya,perlawanan yang seimbang(ulang lagi ayat nih) dan kedua-dua pasukan cukup bebal,baik,bodoh,hebat dan terror layak untuk mengutip satu mata.The Red
Warriors kekal sebagai pendahulu liga pada malam sabtu ini.

Wednesday, January 5, 2011

Liga Malaysia taraf EPL?

Tempat ini sudah tidak revelan untuk menonton Liga M,di tv1





Tengok Liga M kat mamak je okay..skrin besar.ASTRO.HD lagi.

Astro..Macam-macam ada.Kalau Hujan Jahanam @#$#@*!