Pages

Showing posts with label Manyoo. Show all posts
Showing posts with label Manyoo. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Cerita seorang Babah

.

Ini cerita seorang babah.Asal Bulgaria.3 kali hatrick dalam satu musim.Top scorer kasut emas Habib Jewel dia sapu.Top scorer kelab disaat Shrek main macam gampang.Sapa tak kenal Babah?

Tapi.

Champions League final nama dia tade.Dalam sub pun tade name dia.Kelihatan nama kuda tua Owen,pakar dalam kecederaan ada.Sangat hairan bin ajaib top scorer kelab takde dalam list.Chicarito who?ada nampak dia main haritu?tenggelam.Tapi Pak Alex buntu idea.Babah tiada,Owen tak boleh diharap.Akhirnya,3-1 kalah dengan bangganye.

Selepas itu,banyak cerita tentang Babah.Dikatakan Babah akan pergi meninggalkan United Merah.Dan semalam,Babah menyatakan tidak akan berpindah dan akan berjuang untuk tempatnya.Betapa setianya Babah kepada kelab.Shrek pun ada main ugut2 nak pindah kelab hari tu,gaji naik.Itu bukan cara seorang Babah

Itulah cerita seorang wira yang dilupakan,Babahtov.In berba we trust!

Monday, May 9, 2011

Manchester United 95 percent will win the title

.

Dengan dua perlawanan lagi yang tinggal menentang Blackburn dan Blackpool,United yang hanya memerlukan satu mata secara tidak rasmi dan logik akalnye telah menang EPL season 2010-2011.Chelsea,dalam dua perlawanan terakhir menghadapi cabaran Newcastle dan Everton yang boleh dikira agak mencabar umpama begitu mencabarnya Torres untuk menjaringkan gol.

Sir Alex dalam satu temubual rahsia mengatakan kekalahan kepada Arsenal pada minggu lepas adalah satu taktik untuk menghidupkan elemen drama dalam perebutan piala tahun ini.Ia juga salah satu cara untuk mencemaskan penyokong red devils seketika sambil mengecam fans lalang.United menang bila perlu dan kalah juga bila perlu.Itulah ciri-ciri pasukan juara dan Ashley Cole nampak sangat amatur diayam-ayamkan oleh Antonio Valencia.Giggsy kuda tua apa makan boleh main macam tu lagi?United bernasib baik kerana Striker 50 juta diletakkan di bangku simpanan pada awal perlawanan.Kalau tak,baru 9 saat dia da score punye.Apdedhal kalu striker 6 juta boleh score pada saat ke 39?

Sementara itu,di Britannia Stadium,Wenger menyatakan "something was gone" selepas kekalahan di tangan Stoke.Apa yang pergi?semangat boboi-boboi untuk menang?Itu kena tanya Pak Wenger sendiri yang dikhabarkan sangat kecewa dalam tahun ke enam tanpa piala.

satu ketika di tahun 1994


2011


kredit gamba to:Hafiz Johan and Ruzaiman Romli,Facebook bolatalk

Monday, May 2, 2011

Sapa kata Gunners budak???

.

Abang Long Owen-32 tahun



Abang ngah Babahtov-30 tahun



Abang chik Rooney-26 tahun



Abang cu chicarito-23 tahun



plus,minus,times and divide = 0

Adik-adik Ramsey-21 tahun,skuad olimpik Wales



equal toooo 1

Friday, April 29, 2011

Antara pengalaman dan semangat

.



Arsenal bakal menentang Manchester United pada kemuncak perebutan liga.Perlawanan ni memang anti klimaks awal bila Gunners keciciran beberapa mata pada beberapa perlawanan lepas dan dipintas Chelsea.

Satu ketika,pemain Gunners kelihatan yakin untuk memberi saingan dalam perebutan gelaran tahun ini.Namun hanya omongan dalam mimpi apabila mereka kerap mencicirkan mata demi mata menjelang penghujung saingan liga.Dan,maharaja sanjungan fan Gunners juga seakan menyerah awal apabila mengeluarkan statement patah hati 'kegagalan tahun ini berpunca dari dia sendiri,bukan pemain'.Wenger akhirnya mengakui kebodohon dan kebebalan mengharapkan barisan pemain muda yang tidak matang dalam mengahadapi saingan liga yang kejam,penuh penipuan dan menggerunkan untuk anak-anak muda tidak berdosa tersebut..lebih-lebih lagi,Jack Wilshere.

Kali terakhir Arsenal menang pada saingan liga adalah pada 23 Februari cukup menggambarkan tahap prestasi Gunners ketika ini.Dengan United di tahap terbaik selepas mengalahkan Schalke,mereka adalah pilihan untuk menang pada perlawanan malam esok.Thomas Vermalean dijagka akan diturunkan jika cukup cergas dan itu pastinya memberi sedikit kegembiraan kepada Pak Wenger.

United mungkin akan merehatkan beberapa pemain utama untuk kempen champions league yang jauh lagi penting dari menentang kelab tangga ke 3.90 minit esok menjadi penentu hala tuju Arsenal dalam memulihkan maruah dan moral pemain serta untuk United,mengekalkan rentak cemerlang setakat ini juga untuk masa depan Fabregas.

Sunday, April 3, 2011

Sepintas bola sepak dunia.

.

Aku review game yang aku tengok sepanjang weekend

Kelantan lawan Harimau Muda
Bukan salah aku tanak tengok game lain liga Malaysia.Tapi ini je satu-satunye perlawanan yang live kat Malaysia hasil kapitalisme Astro dan kebongokkan RTM.K Soley dan Chanturu menjaringkan gol untuk memberi kemenangan kepada Warriors.Gol Harimau pucuk muda dijaringkan Irfan Fazail.Dua gol Kelantan hasil kesilapan Defender Harimau Muda.Kehilangan Muslim Ahmad memang dirasai.Perlawanan yang bagus untuk anak buah Mr Ong bersiap bagi kelayakan olimpik seterusnya menentang Lubnan.



Manchester United vs West Ham

Rudeboy rooney hatrik dah cecah 100 gol epl.Tapi tanpa Babah di second half,siapalah beliau terkapai-kapai?.Dengan United dipenaltikan pada first half,Babah dan Chicarito masuk untuk menukar rentak permainan.Pemain terbangang perlawanan,mengejutkan,Kapitan Vida.mungkin ada masalah keluarga atau jiwa kacau kerana persembahan Kapitan Vida memang sangat busuk.Apepun,sekali lagi persembahan yang menggambarkan ciri-ciri sang juara untuk menidakkan golongan2 ABU dan pencacai Wenger bersorak riang.



West Brom vs Liverpool

Roy Hodgson mampu tersenyum lebar dan membeli semua surat khabar yang ada pada hujung minggu apabila The Kop tewas kepada pasukan bimbingannya,Agger dan Johnson Baby injured dalam perlawanan tersebut.Skrtel menjaringkan gol pendahuluan sebelum dua penalti Chris Brunt mengubah situasi untuk pemain-pemain Kop daripada boleh berparti mencari awek hot selepas match kepada menangis meratap SATU lagi kekalahan,Roy Hodgson dikhabarkan tidak habis-habis memutarkan lagu shahir,'Kebahagiaan dalam Perpisahan' selepas perlawanan.



Arsenal vs Blackburn

10 orang secara matematiknya mudah untuk diratah.Tetapi bagi anak buah Wenger,Paul Robinson,lejen England memang sangat sukar untuk ditewaskan.Apa bomoh dia pakai.Sementera itu,Almunia tampak gurau kasar dengan beberapa aksi bodoh.Sekali lagi,maen cantik menang tanpa menang.'Harapan kecewa' dendangan Ahmad Jais dilaporkan lagu kegemaran fan Boboi ketika ini.Rak trofi akan terus berhabuk.



Real Madrid vs Sporting Gijon

Berakhirnya sebuah cerita.150 home game tanpa kalah hanya tinggal kenangan.Dengan Lassana Diara,Sami Khedira dan Mesut Oezil sahaja yang bermain umpama pemain Real Madrid,Real memang layak untuk kalah.Adebayour sangat mengecewakan sambil si lembik Maria beberapa kali melakukan diving yang langsung tak real,umpama lakonan pelakon kayu jahanam.Ketiadaan Ronaldo sangat dirasai.Corak permainan begini akan menjahanamkan Real apabila mereka berdepan Spurs dalam saingan CL pertengahan minggu ini.Apapun,special one memang special apabila diberitakan telah mengucapkan tahniah kepada setiap pemain Gijon di bilik persalinan setelah habis game.That is how a pro react right?



Inter Milan vs Ac Milan

Sejara jujur,aku peminat Inter.Dan ianya sangat nigthmare melihat bola di awal pagi melawan mata yang mengantuk hanya untuk menyaksikan Inter Milan dirobek tanpa belas kasihan.Persembahan bertenaga daripada Seedorf dan sememangnya layak untuk MOTM.Pato,seperti jangkaan,akan menyerlah tanpa Ibra dan Abbiati memang kepeer bertaraf dunia.Sememangnya perlawanan yang menonjolkan si Beauty and the beast.Pemain Inter terlalu bodoh untuk emosi semasa perlawanan.Mereka seharusnya belajar untuk berjuang sehingga ke wisel penamat.Segala-galanya telah tamat sejak Chivu dibuang padang dan pemain Inter seperti tidak ingin bermain lagi.Hopeless.



ABPBH

Zizan menang,Lisa menang,Sam bintang Paling Popular yang paling gila-gila pernah aku tengok.Lisa Surihani sangat cantik dan Usop Wilcha adalah bintang paling popular sebenar.ahaha



sejam tulis.sila like.

Saturday, March 19, 2011

EPL report!

.

Apa yang membezakan pasukan juara dengan pasukan biasa.?Pasukan juara akan berjuang sehingga wisel ditiup oleh kuli berbaju kontra di tengah padang.Dan minggu ini aku nampak sejelas-jelasnya sifat terpuji ini ada dalam pasukan Manchester Merah dan London Merah.

Manchester Uniten vs Boltong Waterboy
Manchester Merah menunjukkan sifat tidak mahu mengalah ketika pemain Bolton sudah tidak mahu main bola,sangap na pergi disko di malam hari.Pemain Bolton tidak menggunakan kelebihan seorang pemain selepas tackle manja Abe Evans disalah erti Balaci di tengah padang.Mereka bertahan untuk satu mata,mentaliti rendah,jiwa setinggan.Dan mek nani,walau muka nya setaraf pariah,menunjukkan apa itu semangat sebenar bola sepak dengan tembakannya menghasilkan bola muntah.Dilengkapkan dengan ketenangan BABAH menolak masuk bola bueekk,setenang air di hujung muara.Shrek juga sangat bagus dan bersemangat walaupun muka sudah kepink-pink an keletihan.

BABAH comel di bawah cahaya mentari


Arsenal kelab boboi vs Penyapu Barat
London Merah bangkit dari ketinggalan 2-0,menyamakan kedudukan 2-2.Andrei Arshavin memulakan revolusi kebangkitan boboi2 sedunia pada minit ke 70 dengan gol cantik.Robin Van Persie kemudian mudah menolak masuk gol kedua pada mini ke 78.Beza antara Arsenal dengan Man U minggu ini hanyalah 'luck'.Manchester Merah ada 'luck' untuk menang.London Merah,walaupun dengan serangan bertubi-tubi di saat akhir permainan,tidak dapat menembusi uncle goalie,Scott Carson.

One Arsene Wenger!


Perlawanan lain.

Tottenham 0 - 0 West Ham

Aston Villa 0 - 1 Wolves

Blackburn Rovers 2 - 2 Blackpool

Stoke City 4 - 0 Newcastle United(jual carrol lagi..sila jual nolan dan barton pulak)

Wigan Athletic 2 - 1 Birmingham

Wednesday, March 2, 2011

Chelsea-celseaaaaaaaaa!

.

Amaran:Jika anda pencacai wenger dan pengibas punggung Kenny,dilarang membaca artikel ini.

Ini baru taraf tinggi punya match.Match antara juara EPL dalam 6 tahun terakhir nih.Match ni takde bobi nangis-nangis mintak nenen okay?Match ni pon takde pertunjukan sarkis tahap terbangang dari Penjaga gol dan Defend,tak percaya tengok macamana Vander Sar and Kapitan Vida bergabung selamatkan freekick Abe Lamps.!

Chelsea layak menang sebab memang midfielder diorang kontrol tengah second half.Dan boleh menang 4-1 kalau Kapitan Vida takde.Apa ilmu Vidic nih pakai,Striker 50 jhutaaaaa pon jadi jinak macam anjing laut,apatah lagi striker botak dan si dubuk liar..Dan,jeng3..muncullah David Luiz dengan tendangan tanpa muqaddimah dan tanpa aksi golek-golek macam anjing laut di depan gol.Sikit punyaa kurang ajar anak Moreira Marinho nih,tak hormat orang tua langsung,sian uncle Van De Sar.Nani who?lawan insan lemah boleh la dia nak dancing atas padang.Sekali jumpa Cashley Cole,terus sopan-santun lari kepit-kepit.Full respek untuk Cole.Dengan segala masalah sebab dia bodoh main pistol minggu ni,dia maen tetap TERBAEK WOOO.Oh,suda 20 tahun Abe Giggs di Manchester.Long life the legend!!!.Apa-apa pun,Chelsea punya masalah striker masih belum selesai.Abe BA semangat dah ada,hasil tiada.Torreh masih begitu dan Anelka Cempiang League je kot dia tau nyekor.Belajarlah dari R.O.O.N.E.Y.Spell it right okay.?Bola masuk jaring terangkat gol wa cakap lu.Kalu kena kepala Chech mau biol balik.

Rudeboy is back!!!


Tak kesah Dia ni maen kasar ke natang ape,Dia memang MOTM



Abe Lamps selepas nyekor penalti.


Apa pun,ini perlawanan brader2.Tiada anjing menganjing yang berlebihan dari penyokong kedua-dua buah pasukan dilaporkan setakat ini.Respect!

Monday, February 28, 2011

Ini baru Battle of The Champions!!!

.

Game ni baru kita bole citer panjang.Game antara juara-juara.Walaupong Chelsea dah drop season nih,tapi diorang still last season championg kan?kan?.Kalau ikut matematik,season nih,Manyoo,season depan tak Manyoo Chelsick la pulak.Wenger bila lagi?yang tu kita tak tahu.

Abe Torres dijangka akan terus menjaga kehenseman beliau di atas padang.Haruslah jaga tata tertib dan bersopan-santun di depan gol,orang kaya mesti ada protokol.Tapi,Abe Torres nih memang jadi kalooo lawan United.Kapitan Vida pong selalu kena ayam ngan Abe Torres nih.Kalu tak goal juga natang seko nih konfem Shevcengkor baru sudah tiba.Ataupun,Anelka sekali lagi akan ajar cara-cara menyumbat gol bagi tatapn Abe Ba dan Abe Torres.Rudeboy Shrek Rooney terlepas dari hukuman FA England(biasalah,anak emas)dan boleh bermain untuk perlawanan nih,sama jugak dengan Cashley cole.Nani pula akan maen sorang-sorang esok sebab dia best player on universe,tak payah ada teammate pong tak mengapa.Nak preview panjang pong ta guna,kita citer lepas game.

Charlize theron pong suka chelsea..anda bila lagi?


Lisa Surihani pong suka ManYoo.anda sokong arsenal?

Thursday, February 24, 2011

Champions League aftermatch review.

Share this is you find its cool.

note:credit to soccernet and goal.com for reference.

This post i wrote in english just for international readers(poyo sial aku.bwahahaha) although its really broken english because Malaysian people lack of interest to Bayern and Inter because so much of EPL Propaganda here.oh,it is so late review because I need to watch delayed match of Manchester United with Marseille to review it.Anyway,it is still faster than dumb Harian Metro,Berita Harian and Utusan Malaysia.

Bayern Munchen vs Internazionale
Thanks god this two teams did not use the 'Defending minded' as usually used by in important match by playing teams that makes a match look fucking bored and a good theraphy for a person to sleep.Mario Gomes gained a small measure of revenge for Bayern Munich as his late winner earned the German side a valuable Champions League win against Inter Milan on away game.For the count of shots,Bayern got 18 shots but only 3 on target as others went to 'fans stands'.Inter manage to got only 13 but one more shots on target than Bayern.Great play by Etoó and Sneijder(it was also not the best by Sneijder) not enough as another player shown their stupidity especially Cambiasso.As for Bayern,what a perfomance by Bastian Schweinsteiger that lead them to the victory.Schweinsteiger ran the game almost from start to finish, as Bayern dictated the pace with him at the heart of everything. His only error nearly resulted in a Cambiasso goal, but he deserved the bit of fortune that came his way.Arjen Robben was good enough but however you play well,its not paid without a goal man(I'm still dissapointed with Final World CUp result.hahaha).As it was just a first-leg game,there still a chance for Inter to bounce back.For sure,its a hard task for them.



Manchester United vs Marseille.
Its totally bored games by Manchester United and i was right when not choose to watch this game live although this is my favourite team.Whithout Giggs,there was something missing on United games.But,it was a good job by Vidic-Smalling pair.Vidic shown another world class performance to avoid goal concede.Nani also shown some good effort as Rooney and Berbatov could not do anything.There is something wrong with Michael Carick.This is not the first time he plays poorly.So,lets see what sir Alex can do in next match in front the home crowds.

looks..even Sir Alex looks sleepy...

Tuesday, January 4, 2011

Devils terus menyetan!

Mek Nani-1 goal 1 assist.



Chicharito 1 goal.