Pages

Showing posts with label Scouser news. Show all posts
Showing posts with label Scouser news. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Sepintas bola sepak dunia.

.

Aku review game yang aku tengok sepanjang weekend

Kelantan lawan Harimau Muda
Bukan salah aku tanak tengok game lain liga Malaysia.Tapi ini je satu-satunye perlawanan yang live kat Malaysia hasil kapitalisme Astro dan kebongokkan RTM.K Soley dan Chanturu menjaringkan gol untuk memberi kemenangan kepada Warriors.Gol Harimau pucuk muda dijaringkan Irfan Fazail.Dua gol Kelantan hasil kesilapan Defender Harimau Muda.Kehilangan Muslim Ahmad memang dirasai.Perlawanan yang bagus untuk anak buah Mr Ong bersiap bagi kelayakan olimpik seterusnya menentang Lubnan.



Manchester United vs West Ham

Rudeboy rooney hatrik dah cecah 100 gol epl.Tapi tanpa Babah di second half,siapalah beliau terkapai-kapai?.Dengan United dipenaltikan pada first half,Babah dan Chicarito masuk untuk menukar rentak permainan.Pemain terbangang perlawanan,mengejutkan,Kapitan Vida.mungkin ada masalah keluarga atau jiwa kacau kerana persembahan Kapitan Vida memang sangat busuk.Apepun,sekali lagi persembahan yang menggambarkan ciri-ciri sang juara untuk menidakkan golongan2 ABU dan pencacai Wenger bersorak riang.



West Brom vs Liverpool

Roy Hodgson mampu tersenyum lebar dan membeli semua surat khabar yang ada pada hujung minggu apabila The Kop tewas kepada pasukan bimbingannya,Agger dan Johnson Baby injured dalam perlawanan tersebut.Skrtel menjaringkan gol pendahuluan sebelum dua penalti Chris Brunt mengubah situasi untuk pemain-pemain Kop daripada boleh berparti mencari awek hot selepas match kepada menangis meratap SATU lagi kekalahan,Roy Hodgson dikhabarkan tidak habis-habis memutarkan lagu shahir,'Kebahagiaan dalam Perpisahan' selepas perlawanan.



Arsenal vs Blackburn

10 orang secara matematiknya mudah untuk diratah.Tetapi bagi anak buah Wenger,Paul Robinson,lejen England memang sangat sukar untuk ditewaskan.Apa bomoh dia pakai.Sementera itu,Almunia tampak gurau kasar dengan beberapa aksi bodoh.Sekali lagi,maen cantik menang tanpa menang.'Harapan kecewa' dendangan Ahmad Jais dilaporkan lagu kegemaran fan Boboi ketika ini.Rak trofi akan terus berhabuk.



Real Madrid vs Sporting Gijon

Berakhirnya sebuah cerita.150 home game tanpa kalah hanya tinggal kenangan.Dengan Lassana Diara,Sami Khedira dan Mesut Oezil sahaja yang bermain umpama pemain Real Madrid,Real memang layak untuk kalah.Adebayour sangat mengecewakan sambil si lembik Maria beberapa kali melakukan diving yang langsung tak real,umpama lakonan pelakon kayu jahanam.Ketiadaan Ronaldo sangat dirasai.Corak permainan begini akan menjahanamkan Real apabila mereka berdepan Spurs dalam saingan CL pertengahan minggu ini.Apapun,special one memang special apabila diberitakan telah mengucapkan tahniah kepada setiap pemain Gijon di bilik persalinan setelah habis game.That is how a pro react right?



Inter Milan vs Ac Milan

Sejara jujur,aku peminat Inter.Dan ianya sangat nigthmare melihat bola di awal pagi melawan mata yang mengantuk hanya untuk menyaksikan Inter Milan dirobek tanpa belas kasihan.Persembahan bertenaga daripada Seedorf dan sememangnya layak untuk MOTM.Pato,seperti jangkaan,akan menyerlah tanpa Ibra dan Abbiati memang kepeer bertaraf dunia.Sememangnya perlawanan yang menonjolkan si Beauty and the beast.Pemain Inter terlalu bodoh untuk emosi semasa perlawanan.Mereka seharusnya belajar untuk berjuang sehingga ke wisel penamat.Segala-galanya telah tamat sejak Chivu dibuang padang dan pemain Inter seperti tidak ingin bermain lagi.Hopeless.



ABPBH

Zizan menang,Lisa menang,Sam bintang Paling Popular yang paling gila-gila pernah aku tengok.Lisa Surihani sangat cantik dan Usop Wilcha adalah bintang paling popular sebenar.ahaha



sejam tulis.sila like.

Friday, April 1, 2011

Sepintas bola sepak dunia.

.

Derby Milan.



Hujung season 2009/2010,Leonardo telah dipecat oleh Ac Milan.Terkontang-kanting beliau tanpa arah tujuan sehinggalah Pak Rafael Ben membawa badi Loserpool ke dalam kem Internazionale.Lalu,Rafa Jendul telah dipecat tanpa bantahan.Leonardo telah dilantik sebagai pengurus baru....and so on..Dalam sekelip mata,Sang juara yang kelihatan serba bangang dia awal musim ini bangkit dari ketinggalan 13 mata.Kini,mereka ditangga kedua dan hanya dipisahkan 2 mata.2 mata lagi untuk menghapuskan dosa Rafa Jendul.Pemain Milan yang perlu diberi perhatian adalah Alexander Pato.Pemain muda ini boleh mengubah perlawanan dan pastinya harapan utama untuk mencari gol tanpa Ibrahimovic yang disuspended.Untuk Inter,tiada pemain secermelang Samuel Eto'o pada musim ini.Dalam kebangangan era si jendul,beliau antara pemain yang masih mengekalkan prestasi di tahap terbaik.Weisley Sneijder di tahap terbaik dan kembali mempamerkan kemahirannya menguasai kawasan tengah dan mengatur gerakan(sial.aku bias sebab fav player aku Sneijder),akan diuji oleh Mark Van Bommel.Rafa Jendul akan bersorak riang jika Inter menang sekaligus mendahului liga.Dosa si jendul akan terhapus.Derby ini wajib tengok.

Hodgson



Hodgson akan berdepan Yunewa hujung minggu ini.Masih menjadi perbincangan,GAGALKAH DIA DI ANFIELD?.Penyokong Yunewa terlalu mendesak dan sering menyalahkan Hodgson.Nama king Kenny sering disebut sejak awal kemunculan Hodgson,dan jelas,dia bekerja di bawah tekanan dan bayangan KIng Kenny.King Kenny yang secara zahirnya menyatakan keinginan untuk kembali menjadi pengurus Loserpool ketika itu menguatkan lagi tekanan dalaman dan luaran untuk Hodgson.Diharap Liverpool tidak kalah ditangan Hodgson.Jika tidak.seseorang akan tersenyum malam esok dan dia adalah ROY HODGSON.

David De Gea,United,dan transfer...



David De Gea keeper jambu Atletico dikatakan akan mengada-ngada kan perbincangan dengan United.Pak Alex juga dengan lantang mengatakan akan membeli 2-3 orang pemain baru setelah otak nyanyuknye menyedari bahawa skuad United kini memang tak best.Tapi,pembbelian tersebut mungkin akan menjurus kepada membeli pucuk-pucuk muda daripada yang telah berkembang mekar.

Short news

-Ronaldo dan Abg karim tidak akan bermain lawan Spurs pada CL first leq quater final

-Neymar taknak masuk chelsea pulak.

-Van persie dah sembuh

-Misbun Sidek masuk BAM balik.

Saturday, February 12, 2011

Oh Abe G (OAG)

Kampung Scouser-Abe G telah mendedahkan betapa hancur remuknya hati beliau dengan perpindahan El Nino ke Chelsea.Beliau sebagai dipetik berkata,

"I was heartbroken. Absolutely gutted. But I also called him after he left,'' Gerrard told the Daily Mail. "There are no hard feelings. I built up a relationship with Fernando and became his friend. He scored some fantastic goals and I have fantastic memories. I enjoyed playing with him. So you can't go from one extreme to another and fall out with him, start criticising him. But he will also understand how I feel. Fernando is a bright person and he will understand that the Liverpool fans are upset as well.''

Oh..betapa indahnya memori mereka di Anfield..