Pages

Showing posts with label Fambangsat. Show all posts
Showing posts with label Fambangsat. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

FAM dengan perangai baru.

membela FAM di dalam negara Malaysia umpama membela anak yang nakal.Pening sekali melihat gelagat mereka.Dalam pelajaran tidak pandai,dalam perangai tidak berupa sopan.Dengan penggantungan Tan Sri Anuar Musa,bermulalah episod baru cerekarama "FAM PAWER TAK BOLEH KENE KRITIK".sambungan dari episode-episode lain yang aktornya sebelum itu Sathianathan dan lain-lain.

Hal seperti ini tidak perlu diulas panjang kerana nasi sudah menjadi bubir.Anuar Musa pun sudah digantung dua tahun enam bulan.Apa yang pasti,penggantungan ini menaikkan lagi kemarahan pencinta bola sepak terhadap FAM,persatuan diktaktor yang tidak boleh dijentik.

Nyatalah perubahan perlu dilakukan segera.Tapi bolehke besi yang sudah berkarat teruk digunakan lagi?ada yang berkata selamanya FAM akan bangang walau siapa pun pentadbirnya kerana orang dalam FAM itu sendiri sudah parah.

Thursday, January 12, 2012

Mari kita lihat sejauh mana FAM punye pawer?

Bila Menteri Besar ganu ,Ahmad Said sudah main ugut-ugut tarik diri dari liga super,mari kita saksikan apa keputusan FAM.Nampak marah betul Mat Said dengan FAM kali ini.Pawer tak pawer Mat Said ni bila dia ugut nak keluar liga super.Hebat betul tu,keluar liga super,ini betul punye rebel.Kalau ganu keluar liga super,apa jadi dengan Ashaari,joseph kalang,hadi yahya semua tuh???jawapannya semua jadi kaya la dapat duit pampasan.kaya betul PBNST ni yek?

Peraturan tetap peraturan dan dalam hal ganu ni,boleh diklasifikasikan sebagai salah maklumat.kesilapan dalam memahami surat FAM.PBSNT berpendapat mereka masih boleh mendaftarkan pemain import sehingga tarikh akhir 9 Januari 2012, berpandukan perkara 4.2.2 yang menyebut dengan jelas bahawa senarai pemain-pemain asing yang hendak didaftarkan untuk beraksi dalam Liga M 2012 hendaklah dikemuka kepada FAM sebelum atau pada 12 tgh hari Jumaat, 6 Januari bagi Kelantan, dan sebelum atau pada 12 tgh hari Isnin 9 Januari bagi Terengganu. TETAPI, cuba perhati betul-betul di dalam Perkara 4.2.2 yang sama, baris terakhir ada menyebut DENGAN MEMATUHI PERKARA 1 & 2 DI ATAS.

Ini bermakna Che Mat Jusoh hanya membaca 4.2.2, tetapi mengabaikan Perkara 1 dan 2, yang mana dengan jelas menyebut pemain import yang hendak didaftarkan haruslah datangnya dari senarai pemain yang didaftarkan sebelum atau pada 8 Disember 2011, DAN hanya berada dalam senarai 26 pemain import yang diluluskan pada 22 Disember 2011. Ada jelas sapa yang bebal dalam hal ni?KAFA boleh je paham.diorang makan nasi dagang jugek.

Cuma,yang menjadi masalahnya FAM ni terlalu bangsat.macamane player import Selangor,Ramez Dayoub boleh lepas?Sedangkan mengikut peraturan AWAL FAM,secara totalnye Ramez Dayoub ni tidak layak beraksi di Malaysia.Dia main liga Myanmar - maknanya liga Asean,cooling period dua tahun dah totally failed.DAn dia pemain Lubnan.Mengikut syarat awal,ranking yang dikira berdasarkan ranking pada 24 ogos 2011,yang mana pada ketika itu Lubnan punye ranking bawah dari Malaysia.Tapi,jawatankuasa FAM telah ubah tarikh rujukan ranking itu kepada ranking FIFA pada 24 November,yang mana Lubnan telah berada lebih atas dari Malaysia.

CUMA YANG MENJADI LUCU BIN BANGSATNYE APABILA SURAT PEKELILING TENTANG PINDAAN TARIKH RUJUKAN RANKING INI DIKELUARKAN SELEPAS 8 DISEMBER(TARIKH TUTUP PENDAFTARAN).APA BANGANG SURAT PEKELILING KELUAR LEPAS TARIKH TUTUP NI?DISINI TIMBUL PERSOALAN DAN TERBUKTI JELAS,ORANG BANGANG PUN NAMPAK YANG FAM TELAH MEMBANTU SELANGOR.


kerje siapa?aku taknak cakap tapi kita semua mungkin boleh agak sendiri.siapa lagi kalau bukan...ok tak mau fitnah.tapi siapa lagi kan?

gambar dibawah sekadar hiasan


Jangan tanya pasal Ghaddar,sapa tanya aku lempang.Ghaddar tidak perlu dikira berdasarkan ranking negara kerana dia telah mematuhi syarat pertama iaitu pemain dari liga AFC perlulah bermain dalam liga 1 di negara tersebut-check.Dayoub apa jadah ni peraturan first dah tak lepas(cooling period),peraturan second....FAM bangsat tolong.

Petang esok mesyuarat Jawatankuasa pertandingan akan diadakan bagi membincangkan semua masalah import ni.Gua harap FAM tak berlembut hati.Professionalisme(betul ke sial aku eja?) dan integriti perlu ditunjukkan oleh FAM,badan yang busuknya telah banyak,masa nilah nak kasi wangi sikit walaupun bagi penyokong peteh,yang mungkin kurang paham,FAM sekarang ni nampak sangat busuk.

Mari kita lihat esok sejauh mana FAM punye pawer...

notakaki : Dulu masa Che Mat Jusoh duk dalam FAM. banyak keputusan yang dilakukan beliau dan jawatankuasa Pertandingan tempatan tidak berpihak kepada Kelantan dan beberapa pasukan lain. Antara yang masih terkesan di hati penyokong TRW ialah senyuman sinis Che Mat ketika mengumumkan Sathia digantung enam bulan atas kes sebelum itu.. biar dpt kritikan Che Mat tetap wat donno.sekarang baru rasa kene ngan FAM guane.kahkahkahkah.

Campur tangan MB dalam hal ini sedang dipantau FIFA dan jika terbukti ada campur tangan kerajaan,berat nanang la ganu yang boleh dikenakan tindakan gantung 3 tahu dari sebarang aktiviti bola sepak.sekiang.

Thursday, December 29, 2011

Fam ni ada bijak jugak.

Kecoh betul dalam seminggu dua ni cerita persatuan-persatuan bola sepak negeri yang mengomel,ye mengomel pasal awang import diorang tak diluluskan oleh FAM.Adakah FAM berperangai bangsat seperti biasa???Dalam hal ini,FAM buat julung-julung kali nya bertindak bijak.Yeah,tahniah FAM,anda berjaya mengurangkan level bangsat.Yang bangang dalam hal ini ialah persatuan-persatuan negeri yang player import mereka tidak diluluskan FAM.

Reti kan baca peraturan?kalau ikut peraturan import tu takdenye FAM tu nak memandai gagalkan player import yang dibawa masuk walaupun sekecil-kecil adik tadika pun sedia maklum yang FAM tu memang cilake.Secilake-cilake FAM,dalam hal ni,lagi cilake persatuan bola sepak yang tak tahu baca peraturan.Gua backup FAM sekarang.

Kalau FAM luluskan pemain import yang tak menepati syarat ni,apa akan jadi dengan mutu LIGA SUPER PAWER kita tahun depan?takkan nak tengok Amar Rohidan main jauh lagi pawer dari player import kot?Pikir,ada otak pikir.

Tapi dalam bijak,nampak jugaklah bangsat nye,tulah.What u expect from FAM kan?sekarang penyokong negeri-negeri yang import digagalkan ni mula bising kata Singapura punya team boleh pulak langgar syarat(syarat hanya under 23 je main).Yang itu korang kena tanya Hamiddin ke,Azzudin ke.Nak senang pergi tanya Sultan Bola terus.Mana yang betul kita puji,mana yang salah kita bangangkan ye dak?

Akhir kata,Majulah liga super dengan player import ketak-ketak untuk negara.

Poster gua jumpa dalam facebook.2012 FAM berakhir?siapa nak tawan ni?

Thursday, October 27, 2011

Sketsa harga tiket

CERITA INI REKAAN SEMATA-MATA

Satu hari dalam pejabat FAM,perbincangan tiket.

FAM : Tiket tahun ni kita set RM50.amacam?ada stim?untung maaa.

Ganu: Eh,nanti fan bising naik harga

Jang: Haah la bang FAM,nanti fan kitorang boikot kang.

FAM : Ala,korang ni tak de otak la.Meh abang ajar.Kita set harga tinggi-tinggi,fan mesti boikot kan?

Ganu dan Jang :ye bang.

FAM : Lepastu korang cakap la korang tak tahu pasal harga tiket.

Jang : Habis abang kan nanti cakap harga tiket hasil persetujuan kitorang berdua gak?

FAM : Memanglah,tapi fan nanti mesti marah abang,tak marah korang.Diorang takkan salahkan korang.

Ganu : Lepastu kalau fan marah takde yang nak beli tiket?

FAM : Ha,ni yang abang nak ajar.Fan mesti boikot tiket.Masa tulah korang bagi subsidi tiket,nampak macam wira sikit.Pilihan raya dah nak dekat ni.Melayu senang lupa,diorang lupa korang yang setuju harga tiket ni mula-mula.

Ganu dan Jang : (angguk)..paham-paham.Tapi kitorang wira,abang tetap kena marah ngan fan,sian abang..

FAM : Abang dah biasa kena marah dik..abang kebal..takde hal lah.Ada lah suppoter abang backup nanti.

FAM,Ganu dan Jang ketawa bersama,mesyuarat tamat.

Monday, October 24, 2011

Email untuk FAM : copy paste and send!

TO: media@fam.org.my

Subject:Membantah kenaikan harga tiket final Piala Malaysia

Merujuk perkara diatas,saya sebagai penyokong bola sepak Malaysia membantah sekeras-kerasnya kenaikan harga tiket final Piala Malaysia.

1. Pada tahun 2009,tiket final PM hanya berharga RM20.FAM dengan sewenang-wenangnya telah menaikkan harga tiket pada tahun lepas kepada RM30 dengan alasan meningkatkan tahap keselamatan dan kawalan stadium tetapi nyata hanya mulut manis berbicara,mercun tetap lepas dibawa masuk ketika final tahun lepas.Tahun ini,FAM menaikkan lagi harga tiket hampir dua kali ganda kepada RM50.

2. Alasan Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram berhubung kenaikan harga tiket yang berbunyi “Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja" adalah alasan bodoh yang keluar dari mulut seorang yang mempunyai jawatan di dalam persatuan bola sepak negara MALAYSIA.

3. Berhubung persetujuan kedua-dua belah persatuan bola sepak negeri Terengganu dan Negeri Sembilan dengan harga tiket yang ditetapkan,saya hampir pasti bahawa mereka TERPAKSA bersetuju atas dasar FAM badan bolasepak yang tidak boleh dikritik.Tindakan akan diambil ke atas mereka yang membantah.

4. Kenyataan Tan Sri Anuar Musa,timbalan presiden FAM yang menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang kenaikan harga tiket menimbulkan tanda tanya bagaimana seorang timbalan presiden tidak dipanggil dan diberitahu tentang harga tiket final Piala Malaysia?

5. Adakah sewa stadium Shah Alam terlalu mahal?mengapa masih mahu dibuat di Shah Alam jika sewa terlalu mahal?Datuk Hamidin Amin sila jawab.Adakah jika Selangor layak ke final sewa dan harga tiket akan semahal itu Datuk Hamidin?

6. Saya tahu email ini tidak akan dilayan sama sekali oleh FAM.email ini hanyalah salah satu cara awal menyuarakan melalui saluran yang betul seperti disarankan sesetengah pihak sebelum saya dan rakyat Malaysia lain memboikot perlawanan akhir PM.

Akhir kata,didik pemimpin atasan FAM,terdidik bola sepak Malaysia.

na copy boleh tapi give some credit to : Bolatalk.blogspot ..follow pong boleh.hehe

Mari berjenaka bersama FAM



“Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja - Datuk S Sivasundaram

Ni masuk Maharaja Lawak Mega ni boleh menang ni.kahkahkah.dey macha,happy diwali.