Kalah itu biasa untuk generasi-generasi yang menyokong bola sepak Malaysia sebelum nama Apek naik dan sebelum sea games 2009.Zaman-zaman Fadzli Shaari and the geng dulu kalah itu dah menjadi rutin untuk tim Malaysia.Jadi,kalah kepada Bahrain 3-2 lepas leading 2-0 itu perkara biasa.Jangan lah emo sangat abang-abang ni.
First half memang main macam lembu kene cucuk hidung sorang-sorang.Laju nok mapuh.Agaknya deme lupe main bola ni 90 minit bukan 45 minit ye dak?Masuk second half mulalah menopous.Itu perkara rutin.
Kalau nak cerita lemah aspek mental tu kita bincang sampai Lisa Surihani bercicit pun tak habis ye dak?Ini masalah wajib atlet Malaysia.Tak percaya tanya Datuk Lee Chong Wei,dia lebih arif hal-hal macam ni.
Senang cerite kita lupakan Olimpik-olimpik ni.Apa barang layak Olimpik?kita menang sukan sea emas la wei.Piala Dunia,Olimpik,Asia Cup semua tu kita tak perlu nak layan sangat.Buat rilek je.Gua tengok budak-budak Ultras buat rilek je sorak-sorak kalah menang.Yang penting menang Suzuki CUp ngan sukan sea ye dak?
Slovakia tu tak cukup bagus la tu.Pergi hantar dekat tempat lagi mahal la.Slovakia juta-juta pun dapat menang sea je.Try keluar bajet billion-billion hantar gi England ke,boleh menang tu Olimpik 2012 eh,2016.
Janganlah serius sangat malam ni,kalah itu biasa.Kalau taknak kalah pergi tengok skuasy la abe.
psst : Nazmi Faiz je yang tak main macam player Malaysia.pawer betul budak ni.
Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts
Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts
Sunday, November 27, 2011
Thursday, November 24, 2011
Malaysia menang tapi Fakri tetap bangang?
Tahniah kepada skuad Harimau Muda yang memenangi pingat emas sukan sea yang pada mata peminat bola sepak rantau asean sudah hampir setaraf Olimpik mungkin?Gua malas sembang lebih nak baca pujian pergi beli Metro seminggu ni konfem penuh berita player harimau muda sekali dengan awek,mak,bapak,orang kampung ditemuramah.
Apa yang lebih menarik untuk kita perhati adakah skuad ini akan hanya gah dalam rantau asean yang gua berani cakap taraf bola sepaknya memang bahalol.?harap-harap skuad ni akan terus meningkat.Menang sukan sea?apadehal?dua tahun lepas dah menang tapi apa peningkatan kita?Tapi gua memang minat adik Nazmi Faiz tuh.tak ambik SPM ke dik?
Last tapi paling penting,gua harap adalah solitari anak_anak muda pencinta bola sepak pergi buat demo anti Fakri.Apa bomoh dia pakai?bangang-bangang kat sukan sea dapat main lagi tu Olimpik lawan Syria?Cilake

Lejen yang akan kite cerite kepada anak cucu,Superngang

Monday, November 21, 2011
Konfrantasi Malaysia Indong
Konfrantasi Malaysia dan Indon atau seperti disebut Izzaq yang berasal dari ganu, indong memang takkan boleh ditamatkan.Tidak seperti negara-negara lain dalam asean,Indon dan Malaysia memang mempunyai hubungan benci-benci rindu.Dalam benci ada rindu,mengambil kira dalam Indong membenci kita,rakyat mereka tetap rindukan saudara mara mereka yang bekerja sebagai buruh di negara Malaysia baik mas Joko,Mas Punawer atau mas joblong.
Bola sepak pula merupakan mother of all sport.Sukan nombor 1 dunia.Tidak kira jika anda menang emas dalam sukan lain seperti bowling,terjun,takraw,trek ataupun lain-lain,sukan bolasepak tetap menjadi tumpuan dan sukan wajib emas untuk semua rakyat bergembira.Jika kita sebut Hariff Salleh yang telah menang 2 pingat emas basikal trek,tentu gadis-gadis akan menunjukkan muka bangang tidak tahu.Tetapi jika kita menyebut Fakhri Saarani,tersipu-sipu gadis-gadis sunti membayangkan body ketak-ketak Fakhri Saarani.Begitulah besarnya pengaruh Fakhri ataupun bola sepak dalam sukan sea atau mana-mana temasya sukan yang lain.
Jadi,perlawanan malam ini bukan sekadar perlawanan biasa,tetapi perlawanan yang menyambung perseteruan dua negara sejak zaman nenek moyang kita lagi walaupun kita serumpun.
Agak bertuah abang ni injured

Wednesday, September 21, 2011
eksklusif:Review Malaysia vs Jepun
"sial,nippon bekas penjajah.Tapi awek-awek jepun hot-hot la" ulas kawan saya bila ditanya tentang Jepun,bakal lawan Malaysia yang pertama dalam peringkat kumpulan kelayakan Olimpik.
Tamat perlawanan,Jepun menang 2 gol berbalas 0 hasil jaringan Higashi Keigo dan Yamazaki Ryohei.
Pertama sekali,tahniah kepada semua pemain termasuk penyokong yang hadir di stadium Tosu stadium.Atmosfera dalam stadium yang dipenuhi dengan penyokong 'garuda biru' memang boleh melemahkan semangat lawan sejak dari langkah pertama memasuki stadium lagi.Penyokong Malaysia perlu mencontohi sikap warga Jepun yang cintakan bola sepak walaupun ini hanya pasukan Olimpik dan lawan mereka hanyalah pasukan Malaysia.
Khairul Fahmi Che Mat sekali lagi menjadi penyelamat kepada maruah pasukan negara.Sebagai kapten,dia telah menunjukkan satu semangat yang sewajarnya terutama pada separuh masa pertama ketika rakan-rakan yang lain seperti hilang punca,mungkin kerana gemuruh.Tidak mustahil nama Apek akan meniti di bibir peminat bola sepak sebagai salah seorang 'lejen' sebaris dengan Datuk R Arumugam dan Khairul Azman Mohamed satu hari nanti."How good is Khairul Fahmi?" itulah soalan yang dilontarkan pengulas channel 813(sapa nama tak tau) yang nyata kagum dengan anak muda ini.Ini ciri kapten sebenar dan lepas ni Arsenal boleh beli Apek ganti Szezezezaezzeny.
Pasukan Malaysia hanya mendapat 1 shoot berbanding Jepun 21 shoots.Angka ini jelas menunjukkan kita telah diatasi sepenuhnya.Jepun mungkin lawan yang lebih hebat atau pemain kita terlalu gemuruh dan memandang Jepun sebagai "lawan yang hebat".
Percaturan Ong Kim Swee yang menurunkan Izzaq Faris yang banyak dipertikaikan peminat-peminat bola sepak(hasil bacaan di group-group Facebook) sebenarnya ada betulnya kerana Izzaq Faris mempunyai fizikal yang tegap dan sesuai sebagai target man untuk strategi counter attack Malaysia.Tetapi Izzaq seakan-akan 'Peter Crouch Malaysia' apabila bermain hambar.Pada perlawanan berikut,di harap Izuan Solahuddin,Hazwan Bakri atau Syahrul Azwari diberi peluang kerana dari segi 'kebolehan menjaringkan gol',mereka nyata lebih baik tetapi fizikal takdelah sesedap Izzaq Faris.Ketiga-tiga pemain ini telah membuktikan kemampuan dengan menjaringkan gol dalam jelajah Slovakia dimana Izzaq gagal menjaringkan sebarang gol.
Pada separuh masa pertama,pemain Malaysia nampak diatasi dari semua segi,aspek fizikal mahupun kemahiran.Serangan Malaysia banyak tertumpu kepada sebelah kanan pasukan Malaysia,tempat Wan Zack Haikal.Wan Zack Haikal sememangnya pemain berkemahiran,tetapi kerap kali dia berjaya dihalang pemain defensif kiri Jepun tetapi barisan pemain Malaysia tetap cuba menyerang menerusi Wan zack Haikal,mungkin kerana dia bermain untuk Vion?.Berbeza dengan pasukan Jepun,dapat dilihat strategi mereka terancang,mereka menyerang dari kiri,tengah dan kanan dan sejara jujur,agak menyakitkan hati bila pemain Jepun Yuya Osako tersenyum setiap kali cubaannya tersasar,seperti main petang-petang.
Separuh masa kedua,Malaysia tampak sedikit hidup dan adakalanya menyerang.Jika anda tidak dapat mengatasi mereka dengan fizikal,atasi mereka menggunakan otak.Itulah yang ditunjukkan pemain bertubuh kecil,Wan Zaharul Nizam atau Kecik yang masuk menggantikan Wan Zack Haikal yang cedera.Beberapa kali Kecik berjaya menggelecek pemain pertahanan Jepun yang sukar ditewaskan Wan Zack Haikal sebelum itu malahan satu ketika,crossing yang dibuat kecik disempurnakan Fandi Othman untuk jaringan gol tetapi dihalang pemain Jepun.Pada separuh masa kedua juga pemain Malaysia sudah sedikit yakin dengan kaki mereka sendiri.Jurulatih Jepun yang nyata tension dengan kehebatan Apek terpaksa memasukkan penyerang utama mereka,Kensuke Nagai dan Yamazaki Ryohei.Dua pemain ini sebenarnya pemain utama Jepun yang disimpan untuk perlawanan yang lebih mencabar.Hasilnya,Jepun memperoleh gol kedua yang dijaringkan Yamazaki Ryohei hasil umpanan Kensuke Nagai.
Secara keseluruhannya,pemain Malaysia memang bukan tandingan Jepun.Jepun bermain laju,mereka mempunyai pemain berkemahiran yang mampu menggelecek pemain-pemain kita secara berseorangan.Malaysia turut lemah dari aspek asas bola sepak iaitu hantaran tepat.Kerap kali pemain Malaysia membuat hantaran kurang tepat walaupun tiada pressure dari pemain Jepun,mungkin kerana gemuruh?.Jika rakyat Malaysia lain mengatakan hanya Apek yang layak dipuji,saya ingin membantah kerana ada satu susuk tubuh kecil yang berani dalam pasukan Malaysia yang nampak serba tidak kena.Pemain itu ialah Wan Zahrul Nizam atau Kecik.Kecik layak dipuji kerana keberanian dia untuk memegang bola lebih lama,aspek penting kerana pemain seperti Messi juga mempunyai gaya permainan seperti ini.Di saat pemain Malaysia lain gemar membuang bola dari kaki dengan melakukan hantarann walaupun tiada pressure,Kecik dengan berani menggelecek seorang dua pemain Jepun.Tidak mustahil jika dia dapat bergandingan dengan wing back yang lebih mantap dari Mahali,gandingan tersebut akan berjaya merobek masuk kedalam kawasan Jepun.Sayangnya pemain ini sering dimasukkan sebagai pemain gantian,mungkin kerana fizikalnya yang sedikit kecil menyebabkan Ong Kim Swee kurang percaya kebolehannya.Mungkin?
Diharap pada perlawanan akan datan pemain-pemain seperti Kecik,Syahrul Azwari,Izuan Solahuddin dan Hazwan Bakri diberi peluang untuk memulakan perlawanan berbanding Thamil Arasu dan Izzaq Farris.Aapun,saya bukanlah coach.Sama-sama kita mendoakan kejayaan pasukan Malaysia dan sama-sama kita turun ke stadium dalam perlawanan akan datang di Bukit Jalil - Jak
notakaki : kesilapan terbesar Ong Kim Swee ialah tidak memanggil Ramli menyertai skuad Olimpik.
Thursday, August 25, 2011
Eksklusif : 3 young tigers,Vion dan temubual ringkas bersama Irfan Fazail
Sah Fadhli Shas,Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal akan bermain dengan FC Vion sebagai pemain pinjaman selama 3 bulan sehingga November.
.....................................................................................
Laporan dari wakil Bolatalk di Slovakia,identiti dirahsiakan
Pagi-pagi lagi gua dah pergi padang latihan.Ingat nak ajak interview kat kopitiam sana tapi puasa pulak kan.Cari punya cari gua terserampak dengan Irfan Fazail baik punya lepak tepi padang.Tanpa sebarang salam,gua terjah dia tanpa belas kasihan.
Bolatalk : Jawab soalan mudah,jawab je jangan banyak tanya
Irfan : Boleh-boleh..no hal.
Bolatalk : Teruja plus ghairah tak mau main sama vion?agak2 bole dapat kontrak terus tak?
Irfan : Of Course la teruja..gilo tak tak teruja..We try the best untuk main ngan team nih.
Bolatalk : Kelas kau noks..Of Course bagai.Raya ni balik kg ke tak bro?ke lepak slovakia ngan fadhli n wan zack?
Irfan : Tak balik kampung.stay sini..(sambil kedengaran lagu dendang perantau Apek nyanyi dari gawang gol)
Bolatalk : Budak2 lain tak jeles ke tengok korang 3 orang vion sambar?
Irfan : Tu kene la tanya diorang sendiri..Kita tak tahu rezeki masing-masing(jawapan Imam muda)
Bolatalk : Da pergi jumpa player2,coach2 dan staf Vion belum?
Irfan : Memang selalu jumpa player-player kat sini.
Tiba-tiba Coach Ong Kim Swee jerit suruh dia masuk padang..haiyoo..gua ta sempat tanya banyak..guapun nak balik beramal ibadah bulan puasa ni..Terpaksa gua tutup sesi temubual tersebut.
Bolatalk : Semoga berjaya bro.Selamat Hari raya di perantauan.
Irfan : OK.Selamat Hari Raya.TQ
Sekian laporan dari Slovakia.Sama-sama kita doakan mereka bertiga berjaya di masa hadapan(ayat skema beruk)
Tuesday, August 9, 2011
Harimau Muda tewas kali pertama dalam jelajah Slovakia
.
Budapest Honvéd FC 4 vs 1 Olympic Malaysia
Nampaknya teori Matematik aku betul.Rakyat Malaysia ramai yang tak tahu perlawanan kali ni dengan kelab dari divison pertama Hungary berbanding 3 perlawanan sebelumnya dengan kelab dari division 2( Bodva Moldava dan MFK Tatran Liptovský Mikuláš) dan division 3( Topoľčany) dan jika sebelum ini pemain Olimpik dipuji tapi kali ni tiba masa dikutuk pulak.Sasaran kutukan adalah 6 daripada 7 pemain kebangsaan yang baru diserap masuk,dikatakan sebagai pengacau dalam pasukan yang sudah cukup kuat tanpa mereka(rata-rata komen mengecualikan Apek dalam hal ini).Mahali Jasuli,Muslim Ahmad botak dan Fadhli Shas ketiga-tiga pemain ini menjadi kambing hitam dan dikutuk teruk.Lagi-lagi dua gol awal Budapest terhasil melalui penalti dan gol sendiri Mahali.
Aiyooo,memang lah tiga-tiga pemain ni banyak silap.Tapi kalu ikut logik,logik dia macam ni,cuba kalau 3 match awal lawan Gombak United(Liga ketiga Malaysia),Pos Malaysia dan Atm(liga kedua Malaysia) menang pun 2-1,1-0.Hangpa ingat tiba-tiba hantar lawan Negeri Sembilan boleh menang ka?ini aku bagi contoh mudah untuk pemahaman segelintir rakyat Malaysia yang bingai sangat fakta taknak ambik tau keje nak mengomen je.Kalau nak komen pun biarlah benda yang betul.Nak buat macam mana dah 6 orang player tu baru datang dan main dalam match yang susah,lawan tim yang lebih hebat dari sebelum ni.
Untuk pemahaman lebih lanjut,sila baca artikel di SINI
Apapun Wan Zack Haikal memang beh boh!

Sunday, August 7, 2011
Pengetahuan am tentang kunjungan Harimau Muda ke Slovakia
.

credit to blogger dawai koko+ yang bagitau aku info ni dan disini saya hanya ingin berkongsi pengetahuan am saya,bukanlah memperlekehkan mana-mana pihak yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Ok,kita semua tahu tentang perlawanan persahabatan pasukan Harimau Muda dengan kelab dari liga Slovakia yang telah dan akan berlangsung sepanjang bulan ini kan.?ini jadual dia.
26 Jul - Malaysia U23 (1) vs Moldava (0)
30 Jul - Malaysia U23 (2) vs Topolcany (1)
2 Aug - Malaysia U23 (2) vs Liptovsky Mikulas (1)
9 Aug - Malaysia U23 vs Honved Budapest
16 Aug - Malaysia U23 vs Dolny Kubiu
23 Aug - Malaysia U23 vs FC Nitra
26 Aug - Malaysia U23 vs FC Levice
Jom tengok carta liga dimana kedudukan setiap pasukan yang ditandingi Harimau Muda dalam liga slovakia musim lepas
Slovakia super liga

Slovakia League I

Slovakia League II

Bagi dua lagi pasukan yang tidak berada dalam carta,
FC Levice=bermain dalam liga keempat Slovakia dan tahun lepas berjaya mendapat no 2 dalam liga keempat.
Honvent Bupadest=Pasukan dari Hungary,tahun lepas mendapat tempat ke 11 dalam liga utama Hungary.
.....................................................................................
Tujuan aku post benda ni bukan sebab nak menjatuhkan skuad Harimau Muda tapi untuk memberi maklumat dan sedikit info kepada yang tidak tahu sebab sebelum ni aku pun masuk dalam golongan "wah,hebat la sial Harimau Muda menang semua match kat Slovakia,boleh layak Olimpik ni" dan aku pasti ramai yang berfikiran macam ni jugak.Menang semua match kan?gila ah dong.Tapi kenyataannya,sebenarnya ini hanya pencapaian yang biasa(berdasarkan kedudukan liga tiga kelab yang telah dilawan).Apapun still boleh bangga la jugak kan.
Kita seharusnya berpijak dibumi yang nyata.Jepun,Bahrain dan Syria bukan lawan yang mudah dan ini tujuan aku dedahkan info pasukan Slovakia yang kita buat friendly tu.Jangan letak harapan terlalu tinggi kerana jika skuad Harimau Muda ini gagal,pasti perasaan kecewa lebih berganda-ganda.Yela sebab lately selepas kekalahan pasukan utama,tumpuan lebih kepada skuad Olimpik dan ramai orang mengeluarkan ayat "Ah,sokong Harimau Muda la pulak,diorang dalah menang semua match kat Slovakia,mesti boleh makan nye Jepun tu" kan nampak overconfident disitu tanpa mengetahui sebenarnya pasukan kelab yang ditentang Harimau Muda sebenarnya hanya satu dari liga utama,3 liga kedua,1 liga ketiga dan 1 liga keempat dengan tambahan satu dari liga utama Hungary.Stay cool man,bola kan bulat,kalau ada peluang dan rezeki,mesti boleh punya tapi jangan la menaruh harapan setinggi gunung everest pulak kan .Apapun teruskan menyokong skuad negara selagi bernafas tapi jangan sekal-kali sokong FAM.opss.ahhahaa
pstt: sila share supaya keyakinan rakyat Malaysia berada ditahap biasa bukan berada ditahap luar biasa.haha.

Subscribe to:
Posts (Atom)